Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi Falsafah Pendidikan Islam Dalam Membentuk Kemenjadian Individu Murid Yang Berakhlak.

Rohizan Ya, Ab. Halim Tamuri, Mohd Musnizam Jaafar, Khairul Najah Abd Rahim, Mohd Hishamuddin Abd Hamid Fakulti Pendidikan, UKM Bangi khairulnajah@yahoo.com

Abstrak

Falsafah Pendidikan Islam merupakan salah satu konsep pendidikan yang amat penting dalam menjana anjakan paradigma yang positif dalam setiap diri individu. Ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Dalam menempuh alam teknologi dan komunikasi maklumat yang tiada sempadan, tidak dapat dinafikan pembangunan modal insan dan pembinaan generasi rabbani perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Tujuan penulisan artikel ini ditulis adalah untuk melihat kesepaduan antara peranan Guru Pendidikan Islam masa kini dan falsafah Pendidikan Islam dalam mewujudkan kemenjadian murid yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah malahan dalam bidang pembangunan rohani iaitu akhlak. Disamping itu juga, penulisan ini akan mengutarakan beberapa kesan dan saranan pembentukkan kemenjadian akhlak murid yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah kualitatif yang menggunakan kajian kepustakaan beserta sumber-sumber yang relevan dengan tajuk penulisan digunakan dalam menghasilkan impak positif khususnya terhadap golongan murid. Diharap dapatan penulisan ini akan menjadi teras panduan kepada masyarakat secara amnya dan khususnya kepada Guru Pendidikan Islam dalam melahirkan masyarakat pelajar yang menjadi aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama.

Kata Kunci: Guru Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Kemenjadian Murid, Akhlak

Kertas Kajian

Dipos oleh Arbain Muhayat pada 07 July 2012