PENILAIAN SILIBUS DAN KAEDAH PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS TILAWAH AL-QURAN DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) DI NEGERI SELANGOR

MAZIAH MAHMUD
SAHLAWATI ABU BAKAR
KHAIRUNNISA ISMAIL
SURIANI SUDI
WAN RAMIZAH HASAN
NURZATIL ISMAH AZIZAN
Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Abstrak

Kajian rintis ini bertujuan untuk menilai silibus dan kaedah perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Asas Tilawah al-Quran di Sekolah-Sekolah Rendah Agama (SRA) di Negeri Selangor Darul Ehsan. Asas Tilawah al-Quran ialah salah satu matapelajaran Al-Quran selain Hafazan dan Tajwid. Kajian ini dijalankan untuk membantu SRA menambahbaik silibus, bahan pengajaran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru SRA yang terlibat secara lansung dengan pengajaran matapelajaran Asas Tilawah al-Quran. Bagi menguji kebolehpercayaan soal selidik ini, ujian rintis telah diedarkan kepada 30 orang guru. Dapatan kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama falsafah dan objektif pendidikan Islam JAIS, bahagian kedua kandungan silibus, buku teks dan bahan bantu mengajar dan bahagian ketiga kaedah pengajaran dan pembelajaran.

KATA KUNCI: silibus, pengajaran dan pembelajaran, Asas Tilawah al-Quran

Kertas Kajian

Dipos oleh Arbain Muhayat pada 07 July 2012