Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor

Penilaian Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF di Sekolah Rendah. Kajian di daerah Kuala Selangor

Noor Azimah Surip
Ab. Halim Tamuri

ABSTRAK

Model Kem Bestari Solat (KBS) menerusi program j-QAF lebih merupakan aktiviti kokurikulum bersifat akademik yang melibatkan semua murid beragama Islam di sekolah rendah bagi memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan dan juga amalan mereka. Pihak pentadbir sekolah dan guru-guru telah dipertanggungjawab untuk memastikan program ini dilaksanakan sepertimana yang telah ditetapkan. Justeru, pengkaji telah membuat kajian terperinci untuk melihat situasi sebenar program KBS ini setelah enam tahun pelaksanaannya di seluruh sekolah kebangsaan di daerah Kuala Selangor. Sejumlah 180 responden telah terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri dari guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di daerah Kuala Selangor . Aspek yang dikaji ialah penilaian, tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi mereka berhubung dengan pelaksanaan program Kem Bestari Solat yang pernah dilaksanakan Data kuantitatif yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF mempunyai pandangan yang seimbang sama ada dari sudut positif mahupun negatif berhubung penilaian dan tahap kesediaan mereka dalam melaksanakan program KBS. Selain membincangkan dapatan kajian, pengkaji juga menghalusi beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru-guru berhubung pelaksanaan aktiviti ini dan seterusnya telah mengketengahkan beberapa cadangan untuk tujuan penambah baikan.

Kertas Kajian

Dipos oleh Arbain Muhayat pada 07 July 2012