PENGGUNAAN WARNA DALAM PENGAJARAN HUKUM MAD ASLI TERHADAP MURID TAHUN LIMA DALAM BACAAN SURAH AD-DHUHA

Ag Ruzaini Ag Ali Omar
Siti Hajar Ahmad Sabari
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
tammali_maak87@yahoo.com

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membina satu pendekatan inovatif dalam membantu murid menguasai hukum Mad Asli dengan mudah. Elemen warna dilihat berupaya merangsang lima orang peserta kajian ini. Peserta kajian telah diberikan satu kad ayat surah Ad-Dhuha. Setiap huruf yang mengandungi hukum Mad Asli akan diwarnakan.Kajian ini dibina berdasarkan teori pengamatan, visual dan Gagne. Kaedah pemerhatian, lembaran kerja pra dan pasca dan catatan refleksi digunakan untuk mengumpul data tentang kesan kajian. Penggunaan warna dalam surah ad-Dhuha ini didapati terbukti membantu lima orang peserta kajian mengenal pasti hukum berkenaan selain menambah baik amalan saya. Saya ingin melanjutkan kajian ini dalam sesi akan datang supaya menyumbang hasil lebih optimum.

Kata kunci : Penggunaan warna, penguasaan hukum tajwid, surah ad-Dhuha, hukum Mad Asli, murid tahun Lima.

Kertas Kajian

Dipos oleh Arbain Muhayat pada 07 July 2012