Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kecerdasan Pelbagai

Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kecerdasan Pelbagai

 

Ibrahim bin Mohamed Zin, Ph.D

(Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme)

Institut Perguruan Islam Selangor

 

Prof. Siti Rahayah Ariffin, Ph.D

Prof. Subhan T.Mohd. Meerah, Ph.D

Norasmah Othman, Ph.D

(Fakulti Pendidikan UKM)

 

 

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen pentaksiran kecerdasan pelbagai (KP) untuk diuji kepada pelajar tingkatan 4. Kajian ini berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai yang mengemukakan lapan domain kecerdasan iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, muzik, kinestetik, dan naturalis. Berdasarkan temu bual dan kajian literatur, pengkaji mendapati wujud satu domain tambahan yang menyumbang kepada KP: kerohanian. kajian ini melibatkan sampel seramai 949 pelajar dari sepuluh buah sekolah menengah di dua daerah negeri Selangor yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan KR20 bagi sembilan domain berada antara 0.61 dan 0.83. Kebolehpercayaan uji dan uji semula menunjukkan korelasi signifikan di mana indeks antara 0.34 dan 0.76. Analisis kebolehpercayaan antara pemeriksa dijalankan bagi enam domain item respon terbuka. Kesahan menggunakan analisis faktor penerokaan, korelasi item dengan jumlah skor dan kesahan serentak. Instrumen yang dibina didapati memenuhi ciri-ciri psikometrik sebuah instrumen yang sesuai digunakan sebagai Instrumen Pentaksiran Kecerdasan Pelbagai (IPKP).

 

ABSTRACT

 

The purpose of this research is to develop and validate an instrument that measures multiple intelligences (MI) of Form 4 students known. This research is based on Multiple Intelligences Theory which expands on eight domains, namely verbal-linguistic, logic-mathematic, spatial, interpersonal, intrapersonal, music, kinesthetic, and naturalist. Based on interviews and literature review, the researcher notes the existence of one extra domain that contributes towards an individual level of MI: Spirituality. Using stratified random sampling procedures, 949 students from ten secondary schools from two districts in Selangor participated in this study. The Cronbach Alpha and KR20 indeces for all the nine domains were between 0.61 and 0.83. Test-retest reliability analysis indicated significant correlation in which the indeces were between 0.34 and 0.76. However, inter-rater reliability analysis was only carried out on six domains in open ended response items. To validate the instrument, exploratory factor analysis, inter item to total correlation and concurrent validity were employed. In conclusion, the instrument developed had fulfilled the psychometric characteristics of an instrument to be used as a Multiple Intelligences Assessment Instrument (MIAI).

Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008