PENGGUNAAN KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH

NURSAFRA BINTI MOHD ZHAFFAR
Kolej Komuniti Jelebu, KPT
Emel: saff07@yahoo.com
WAN ALI AKBAR BIN WAN ABDULLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu
Emel: wanaliakbar@yahoo.com
DR AB HALIM BIN TAMURI
Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence) menyatakan terdapat lapan jenis kecerdasan utama yang berbeza-beza kekuatannya dalam diri setiap pelajar. Justeru, guru perlu kreatif dalam merangsang kecerdasan pelbagai yang dimiliki pelajar-pelajar agar mereka memperoleh pengalaman dan hasil pembelajaran semaksimum mungkin. Kajian tindakan ini dijalankan ke atas 18 orang pelajar lelaki kursus Sijil Teknologi Elektrik (PW2) semester satu Sesi Januari 2012 Kolej Komuniti Jelebu dalam silibus ibadah. Sebanyak tiga gelung kajian dijalankan selama satu bulan untuk meningkatkan motivasi dan penguasaan amali ibadah pelajar menggunakan pendekatan pengajaran berasaskan kecerdasan pelbagai fokus kepada kecerdasan bahasa, kinestetik dan interpersonal. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual, tinjauan soal selidik dan markah penilaian amali pelajar bagi mengumpul
data tentang keberkesanan tindakan. Analisis dapatan menunjukkan pendekatan ini berjaya meningkatkan motivasi dan pengusaan amali ibadah pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membantu menambahbaik amalan pengajaran guru agama untuk meningkatkan motivasi pelajar mengikuti dan mengamalkan ibadah ke arah melahirkan generasi Rabbani yang cemerlang.

Kata kunci: Teori Kecerdasan Pelbagai, Motivasi, Penguasaan Ibadah, Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah, Pengajaran Berpusatkan Pelajar.

Kertas Kajian

Dipos oleh Arbain Muhayat pada 07 July 2012