MODEL ISLAM DAN BARAT DALAM MENGENAL PASTI GAYA PEMBELAJARAN MURID SUKAR BELAJAR

Mohd Razimi Bin Husin Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
mohdrazimi@ipip.edu.my

ABSTRAK

Gaya pembelajaran individu menjadi penentu kaedah pembelajaran yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Model Gaya Pembelajaran Islam dan Model Dunn dan Dunn dijadikan panduan dalam pemerhatian gaya pembelajaran murid-murid sukar belajar (SB) di kelas pendidikan khas. Model gaya pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam baru diperkenalkan berasaskan kaedah Rasulullah s.a.w. Manakala Inventori Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn yang berasaskan model tersebut sudah sedia diguna pakai. Kaedah kejian kes menggunakan alat pengumpulan data seperti senarai semak pemerhatian dan temubual adalah amat sesuai bagi memahami gaya pembelajaran murid SB dan memahami persekitaran yang mempengaruhi gaya pembelajaran mereka dengan menggunakan kedua-dua model ini. Kajian rintis telah dijalankan bagi melihat kekuatan kaedah yang digunakan terhadap murid-murid sekolah rendah. Data-data kajian rintis mampu diperjelaskan secara kualitatif. Perbincangan ini akan memperkembangkan lagi kaedah pengumpulan data serta membanntu penyelidik membina alat pengumpulan data yang sesuai untuk kajian seterusnya. Kata Kunci: Psikologi, Gaya Pembelajaran, Sukar Belajar, Pendidikan Islam dan Pendidikan Khas.

Kertas Kajian

Dipos oleh Arbain Muhayat pada 07 July 2012