SISTEM PEMBIAYAAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA TANGGUNGJAWAB SIAPA?
SISTEM PEMBIAYAAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA TANGGUNGJAWAB SIAPA?
Mahawa Pilus
Jabatan Pendidikan
Institut Perguruan Islam Selangor
ABSTRAK
Pembiayaan pendidikan untuk peringkat rendah dan menengah di Malaysia diberikan secara percuma untuk semua rakyatnya. Secara dasarnya saya bersetuju pembiayaan pendidikan bagi peringkat rendah dan menengah ditanggung oleh kerajaan pusat, namun demikian tanggungjawab ini boleh dikongsi bersama dengan badan-badan koporat, kerajaan negeri atau tempatan, melalui sistem cukai dan sebagainya. Namun cukai tersebut tidak seharusnya membebankan masyarakat. Bagi pendidikan tinggi, adalah disarankan pembiayaannya ditanggung bersama oleh kerajaan negeri, tempatan serta badan korporat sebagaimana yang telah dilaksanakan di negara-negara maju. Universiti sudah mula dikoporatkan agar universiti dapat menjana sumber kewangan mereka sendiri. Di samping itu, pinjaman pendidikan juga merupakan satu lagi alternatif agar pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka sendiri di samping dapat membantu mengurangkan bebanan kewangan kerajaan pusat. Bagi kursus-kursus yang amat kritikal, maka adalah wajar pemberian biasiswa diteruskan, sebagai hadiah kepada kesungguhan pelajar. Kerjasama antara kerajaan pusat, kerajaan negeri, tempatan serta badan-badan koporat atau syarikat gergasi di samping kemudahan pinjaman pendidikan oleh institusi kewangan akan dapat menjana perkembangan ilmu kepada penduduk negara ini.
ABSTRACT
Education at the elementary and secondary level in Malaysia are given free to all citizens. Basicly the cost is borne by the government, however this responsibility can be shared by the private sector and the state goverments through taxes and other sources. Nevertheless the taxes should’nt over burden the society. It is suggested that the cost of higher education be borne and shared by the state goverments and the private sectors as in the developed countries. Universities are now operating as corporate bodies, as such they can manage their own funds. Educational loan is another alternative in order to ensure students’ responsibilities towards their own education. Thus it will help to ease the burden of the government. However the government should continue providing scholarships for crtitical courses as an award for their excelent performance. The cooperation between the central government, state government and corporate sectors can ensure the continous growth of education in the country.
Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008