FAKTOR PENDORONG AMALAN KEROHANIAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPG KPI

Rosidah Binti Jemain

Abstrak

Tujuan utama Allah SWT menjadikan manusia adalah untuk beribadah kepadaNya. Melalui tujuan itu salah satu keperluan hidup manusia adalah mesti mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan-amalan kerohanian yang dilaksanakan oleh pelajar di IPG KPI dan persepsi mereka terhadap peranan kerohanian dalam kehidupan seorang pelajar. Kajian ini adalah kajian tinjauan menggunakan instrumen soal selidik yang dilaksanakan di IPG KPI dengan menggunakan sampel rawak bertujuan. Seramai 149 orang responden telah menjawab soal selidik ini. Dapatan menunjukkan antara faktor-faktor yang mendorong pelajar untuk mengamalkan amalan kerohanian ialah faktor yang berkaitan dengan peribadi dan pengaruh luaran.Faktor utama pendorong pelajar dalam melaksanakan amalan kerohanian ialah perasaan kehambaan kepada Allah Taala. Kajian ini juga menunjukkan bahawa amalan kerohanian memberi kesan yang besar dalam aspek keyakinan diri dan ketenangan jiwa.

Kata kunci : amalan, kerohanian, ketenangan, hamba, ibadah

Kertas Kajian

Dipos oleh Arbain Muhayat pada 07 July 2012