PERSEPSI DAN SIKAP GURU-GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
PERSEPSI DAN SIKAP GURU-GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Zarina Binti Ahmad
Jabatan Bahasa Melayu
Institut Perguruan Islam Selangor
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara persepsi dan sikap guru-guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dengan pelaksanaannya dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ditakbirkan ke atas 83 orang guru Bahasa Melayu daripada enam buah sekolah menengah di negeri Selangor. Dapatan kajian yang diperoleh daripada soal selidik yang dijawab oleh guru-guru Bahasa Melayu, diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the Social Science) Versi 9.0. Keputusan analisis menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai persepsi yang tinggi dan sikap yang positif terhadap pelaksanaan KBKK dalam pengajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada terdapat hubungan antara persepsi dengan pelaksanaan KBKK. Namun terdapat hubungan yang sederhana teguh antara sikap dengan pelaksanaan KBKK. Dengan itu, penyelidik merumuskan bahawa walaupun persepsi tiada hubungan dengan pelaksanaan, tetapi persepsi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi sikap yang akhirnya boleh mempengaruhi pelaksanaan KBKK dalam pengajaran Bahasa Melayu. Cadangan-cadangan yang diajukan oleh penyelidik adalah untuk meningkatkan pelaksanaan KBKK dalam pengajaran, khususnya Bahasa Melayu dalam kalangan guru-guru dan bakal guru supaya KBKK dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
ABSTRACT
This research is to study the relationship between Bahasa Melayu teachers attitude and perceptions towards the implementation of critical and creative thinking in the Bahasa Melayu lessons. Research was done on 83 Bahasa Melayu teachers from six secondary schools in Selangor. Findings were compiled from questionaires given to teachers and it was processed and analized using SPSS version 9.0. Findings showed that Bahasa Melayu teachers had high perceptions and positive attitude towards implementing KBKK in Bahasa Melayu lessons. Results also show that there was no relationship between perceptions and implementing KBKK. However, moderate level of corelationship was found between attitude towards implementing KBKK. Thus, the researcher concludes that although there were no relationship between implementation. However, attitude plays an important role in determining the implementation of KBKK in Bahasa Melayu lessons. Suggestions forwarded are meant for Bahasa Melayu teachers and future reaserchers, as to increase effectiveness in implementing KBKK especially in Bahasa Melayu lesson.
Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008