BIAH SOLEHAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN SAHSIAH PELAJAR

ABD RASHID BIN ZAINAL1
SUMAIYAH BINTI SULAIMAN2
SITI NOR BINTI JAFFAR3

Abstrak

Pembinaan insan dalam Islam bermula dari pendidikan yang diterima. Sekolah merupakan institusi yang terpenting memikul tanggungjawab membentuk sahsiah pelajar. Sejajar dengan perkembangan Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia, sekolah yang berjaya menggarap kecemerlangan akademik dan sahsiah perlu diiktiraf dan dijadikan „bench mark? sudut pelaksanaannya dan disebarluaskan agar dapat dijadikan model. Kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana Biah Solehah di sebuah sekolah berprestasi tinggi (SBT); Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) berperanan membentuk sahsiah dan pembinaan insan dengan acuannya yang tersendiri dalam beberapa aspek kehidupan. Justeru kertas kerja ini membincangkan amalan harian sehingga terbentuknya budaya Biah Solehah dikalangan warga KISAS SBT. Penulis juga akan cuba mengenengahkan program-program yang dilaksanakan serta cuba mengemukakan cadangan bagi meningkatkan kualiti sahsiah pelajar di sekolah-sekolah seterusnya boleh dijadikan asas pembudayaan Biah Solehah yang terbilang.

Kata kunci : Pendidikan, biah solehah, Kolej Islam Sultan Alam Shah, sahsiah, pembinaan insan

1 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG
2 IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI
3 SEK AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH, KLANG

Kertas Kajian

Dipos oleh Arbain Muhayat pada 07 July 2012