PERSEPSI GURU PRASEKOLAH
PERSEPSI GURU PRASEKOLAH
TERHADAP PENGGUNAAN PORTFOLIO
Surayah Zaidon
Jabatan Bahasa Inggeris
Institut Perguruan Malaysia Selangor
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau penggunaan portfolio di Pra Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di Selangor. Seramai 84 orang guru Pra Sekolah KPM telah dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian adalah satu set soal selidik , temu bual berstruktur dan Senarai Semak Kandungan Portfolio. Data yang diperolehi dari soal selidik telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan frekuensi, peratus dan min sementara transkripsi temu bual dan dapatan dari Senarai Semak Kandungan Portfolio digunakan untuk menyokong dapatan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan tujuan penggunaan portfolio adalah selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan portfolio banyak terdiri dari hasil tulisan dan lembaran kerja. Pengumpulan kandungan portfolio tidak dijalankan mengikut prosedur tertentu dengan penglibatan kanak-kanak yang terhad. Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio, kaedah semakan yang paling menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yang dijalankan adalah lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan tahap perkembangan. Masalah yang paling besar yang dihadapi guru adalah latihan yang terbatas dalam menggunakan portfolio secara berkesan. Dicadangkan penggunaan portfolio diberi penekanan di peringkat latihan guru bagi memastikan penggunaannya bermanfaat dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.
ABSTRACT
This study examined the usage of portfolio in preschool classes. It involved 84 preschool teachers from Selangor’s Ministry of Education’s Preschools. Data were collected using a set of questionnaire, structured interview and Portfolio’s Contents Checklist. Data were analysed for frequencies, percentages and means which were supported by the data derived from the interview and checklist. The findings showed the purposes of using portfolio were in line with the suggestions by the Ministry of Education. The contents of portfolio were mainly written work and worksheets.The collection of portfolio’s contents did not follow any specific procedure and with limited children’s participation. In terms of assessing the contents of portfolio, marking by giving incentives such as stars was most preferred. Marking involved comparison of students’ present work to the previous ones. The analysis of portfolio’s contents was based on learning objectives and children’s developmental stages. Also, the study revealed that the biggest problem faced by teachers was lack of training in using portfolio effectively. Therefore, it is recommended that portfolio be given appropriate emphasis in teacher’s training to ensure preschool children would benefit from it.
Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008