SATU TINJAUAN LITERATUR PENGGUNAAN PORTFOLIO KANAK-KANAK
Surayah Zaidon
Jabatan Bahasa
Maktab Perguruan Islam
ABSTRAK
Portfolio Kanak-kanak Prasekolah
merupakan satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan
perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Oleh sebab itu
portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang
dialami oleh kanak-kanak. Namun, didapati pelaksanaannya sekadar sebagai satu
fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang
besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan
program prasekolah.Kertas kerja ini akan membincangkan konsep penggunaan
portfolio yang sepatutnya diterapkan di dalam program prasekolah. Pelaksanaan
portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak
dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak.
Kajian Penuh
Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008