PERBEZAAN STAIL KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH SWASTA DAN SEKOLAH KERAJAAN DI MELAKA


Mahawa binti Pilus

Jabatan Ilmu Pendidikan

Maktab Perguruan Islam

ros2ma@tm.net.my

 

ABSTRAK

 

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat perbezaan stail kepemimpinan pengetua di sekolah swasta dan sekolah kerajaan berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu jantina dan pengalaman mengajar. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 77 orang guru terlatih dari sekolah menengah berasrama penuh swasta dan sekolah berasrama penuh kerajaan di Melaka. Kedua-dua sekolah kajian merupakan sekolah cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan awam. Teori Laluan-Matlamat House dan Mitchell (1974) telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian ialah soal selidik LBDQ (Leadership Behavior Description Questionnaire) Analisis statistik deskriptif, ujian – t serta ujian ANOVA sehala digunakan untuk menguji hipotesis kajian yang dijalankan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa stail kepemimpinan yang paling dominan yang diamalkan oleh sekolah kerajaan dan sekolah swasta ialah stail kepemimpinan berorientasi kejayaan. Pada keseluruhannya terdapat perbezaan stail kepemimpinan pengetua sekolah kerajaan dan pengetua sekolah swasta dari segi tahap amalan sesuatu stail kepemimpinan di sekolah masing-masing. Akhir sekali beberapa cadangan dikemukakan untuk kajian lanjut.

Kajian Penuh 

Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008