PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN REKA BENTUK PERISIAN PPBK


Elango a/l Periasamy

Jabatan Teknologi Pendidikan,

Maktab Perguruan Islam

surensutha@yahoo.com

 

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai reka bentuk sebuah perisian latih tubi Matematik bagi topik Nombor Negatif berdasarkan Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Satu dalam Bahasa Inggeris yang mengambilkira pengintegrasian proses Pembelajaran Masteri. Reka bentuk perisian merangkumi aspek isi kandungan, aspek pedagogi dan aspek teknikal. Reka bentuk PPBK ini berasaskan kepada tiga teori pembelajaran iaitu teori konstruktivisme, minimalisme, behaviourisme serta tiga strategi pembelajaran iaitu strategi pembelajaran eksperiential, anjal dan aktif. Reka bentuk perisian PPBK ini juga menerapkan nilai-nilai murni. Ia mengambilkira konsep antara mukamesin-manusia untuk menghasilkan perisian yang mesra pengguna dan mampu memberi bimbingan segera kepada pelajar. Reka bentuk PPBK ini menyediakan fungsi 'artificial intelligent' untuk menghasilkan laporan prestasi pelajar. Kaedah penyelidikan ialah kaedah tinjauan. Instrumen kajian ialah CD-ROM dan soal selidik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan aspek reka bentuk isi kandungan, aspek reka bentuk pedagogi dan aspek teknikal memberikan nilai min dari 4.31 hingga 4.42. Ini menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan bagi perisian latih tubi ini melebihi 4.00. Justeru, nilai ini terletak di antara skala 'setuju' dan 'sangat setuju'. Oleh itu, reka bentuk perisian latih tubi ini sesuai dalam menepati keperluan perlaksanaan proses Pembelajaran Masteri Berbantu Komputer bagi topik Nombor Negatif.

Kajian Penuh 

Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008