FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM SUKAN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SEREMBAN

MOHD JAFLUS BAHARI

Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Maktab Perguruan Islam

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Seremban. Kajian ini ingin melihat faktor menghalang

dari segi faktor struktur, faktor interpersonal dan interpersonal pelajar. Data kajian yang dikumpul diproses dengan menggunakan program SPSS versi 11.5. Statastik deskriptif iaitu frekuansi, peratusan dan min telah digunakan untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian.

Sementara itu, stastik inferansi dan ujian t digunakan bagi melihat perbezaan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujiant digunakan. Bagi melihat perbezaan di antara faktor penghalang factor struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Ujian Anova sehala pula digunakan bagi melihat perbezaan faktor penghalang iaitu faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Seramai 160 responden yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban telah dipilih secara rawak. Secara umumnya didapati

faktor struktur merupakan faktor utama yang menjadi faktor penghalang dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sukan. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara factor struktur, interpersonal dan intrapersonal dengan jantina. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang interpersonal danintra personal dengan bangsa. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan set soal selidik bagi mengumpulkan data.

Kajian Penuh

Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008