Penguasaan Hukum Ra’ Ketika Membaca Al-Quran dalam Kalangan Murid Tahun Enam
Penguasaan Hukum Ra’ Ketika Membaca Al-Quran dalam Kalangan Murid Tahun Enam
Khairul Adzha Hj. Shahrudin
(SRA Integrasi Batu Belah, Klang)
Zaidi Hj. Mohamad Nusran
(SRA Pekan Meru, Klang)
Siti Jumaah Rahmat
(SRA Kg. Delek, Klang)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian penguasaan hukum ra’ ketika membaca al-Quran dalam kalangan murid tahun 6 (A) Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah Klang. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik. Soal selidik digunakan untuk mengenal pasti latar belakang murid merangkumi jantina, kedudukan sekolah, pembelajaran al-Quran di luar waktu sekolah dan tempat tinggal. Kajian ini melibatkan seramai 40 orang murid yang terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 25 orang murid perempuan. Dapatan utama kajian menunjukkan 80% murid boleh menguasai hukum ra’ ketika membaca al-Quran manakala 20% lagi masih belum menguasai hukum ra’. Kajian juga mendapati tiada perbezaan yang ketara antara murid lelaki dan perempuan. Tahap penguasaan hukum ra’ ketika membaca al-Quran dalam kalangan murid Tahun 6 (A) banyak dipengaruhi oleh bimbingan ibu bapa, guru serta minat dan sikap murid itu sendiri. Kesimpulannya, tahap penguasan hukum ra’ ketika membaca al-Quran dalam kalangan murid tahun 6 (A) adalah baik.
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the level of mastering Hukum Ra’ while reciting the Al-Quran for the Year Six (A) students of Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah, Klang. This is a survey study which uses questionnaire. The questionnaire is used to identify the students’ background such as gender, the location of the school, the Al-Quran lesson outside the school period and resident. This study involved 40 students made up of 15 males and 25 females. The findings showed that 80% of the students are able to master the Hukum Ra’ while reciting the Al-Quran and another 20% has not mastered. The result also showed that there is no significant difference between the males and females students. The result of this study showed that the level of mastering the Hukum Ra’ while reciting the Al-Quran for the Year Six (A) students were mainly influenced by the students’ parental and teachers guidance, interests and attitudes. In conclusion, the level of mastering Hukum Ra’ while reciting the Al-Quran among the Year Six (A) students is good.
Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008