Amalan Berwudhu’ dalam Kalangan Murid Darjah Enam

Amalan Berwudhu’ dalam Kalangan Murid Darjah Enam

 

Siti Hamiah Rukimin

(Guru Besar SRA Desa Air Hitam)

 

Salimah Hj. Samuji

(Guru Besar SRA Desa Putra)

 

Fauziah Dolah Hamdani

(Guru Besar SRAI Bandar Baru Salak Tinggi)

 

 

ABSTRAK

 

Kajian ini bertujuan melihat amalan berwudhu’ bagi 37 orang murid tahun 6 SRA. Desa Ayer Hitam, Sepang. Selain murid, soal selidik juga ditadbir ke atas 10 orang guru dan 10 orang ibu bapa untuk mengenal pasti peranan mereka dalam amalan berwudhu’. Pemerhatian amalan berwudhu’ dijalankan ke atas lima orang murid sewaktu solat zohor dan asar di sekolah. Didapati 70% murid mempraktikkan amalan berwudhu’ dengan betul. Sebaliknya 30% dalan kalangan murid perlu diberi  perhatian dan pemulihan. Sebanyak 85% guru mengajar dan memberi perhatian kepada amalan berwudhu’ kepada murid-muridnya, manakala 65% ibu bapa memantau anak-anak mereka dalam amalan berwudhu’. Sebaliknya 35% menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah.

 

 

ABSTRACT

 

This study is to observe the ablution practice among 37 Year 6 students of SRA, Desa Ayer Hitam, Sepang. Besides students, the questionnaires are also administered to 10 teachers and 10 parents to identify their roles in the students’ ablution practice. 5 students were observed during the Zohor  and Asar prayer at school. The results showed that 70% of the students practiced their ablution correctly and 30% need to be corrected and observed. 85% of the teachers educated and gave attention to the students’ ablution practice, whereas 65% of the parents observed their children’s ablution practice. However, 35% gave the responsibility to the school

Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008