Pembuktian (Proving) dalam Penyelesaian Masalah Matematik bagi Topik Sekuen dan Siri
Pembuktian (Proving) dalam Penyelesaian Masalah Matematik bagi Topik Sekuen dan Siri
Mokhtar Ishak
Azman Ismail
(Jabatan Matematik)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat profil math difficulty dan mengetahui punca kelemahan pelatih pengajian matematik dalam penyelesaian masalah dan pembuktian pada topik sekuen dan siri. Kajian tindakan ini melibatkan penggunaan instrumen berbentuk ujian formatif, think aloud dan temu bual berstruktur. Sampel terdiri daripada 20 pelajar PISMP Pengajian matematik di Institut Perguruan Islam selangor (IPIS) ambilan Januari 2006. Dalam kajian pembuktian, 13 pelajar dipilih khusus berdasarkan ketidakbolehan mereka dalam pembuktian. Dapatan kajian mendapati lapan pelatih perempuan dan lima pelatih lelaki tidak dapat melakukan pembuktian. Kesemua pelatih (13 orang) yang mendapat A1 dan A2 dalam matematik moden mampu menyelesaikan masalah pembuktian. Kebolehan membuat pembuktian dan math ability dalam matematik tambahan SPM mendapati gred pencapaian dalam matematik tambahan tidak dapat menggambarkan perkaitan yang jelas antaranya. Didapati punca masalah yang membebani pelatih adalah masalah kefahaman bahasa terutama istilah matematik, memahami tetapi buntu untuk selesaikannya dan mengenepikan soalan berbentuk proving.
ABSTRACT
This research aims to investigate math difficulty profile and to find out reasons why mathematics students are poor in problem solving and proving on the topics sequence and serial. Data for this action research was gathered using formative test, think aloud and structured interview. The samples were 20 PISMP Mathematics January intake students from IPIS. In the research on proving , 13 students were chosen based on their inability to do proving. The results showed that 8 female students and 5 male students could not do proving. All students with A1 and A2 in Modern Mathematics were able to solve the problems on proving. The ability to do proving and math ability in SPM Add Maths showed that the grade achieved in Add Maths did not reflect clear relationship of both. It was found that students face problem in understanding mathematics terminologies and in solving the problems though they did understand the questions. It was also found that students put aside proving questions.
Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008