Tahap Komunikasi Murid Tingkatan Dua dengan Bapa dan Ibu: Satu Kajian Kes
Tahap Komunikasi Murid Tingkatan Dua dengan Bapa dan Ibu: Satu Kajian Kes
Abd. Aziz Mahayudin
(Jabatan Bahasa Arab)
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap komunikasi murid tingkatan dua dengan bapa dan ibu. Sampel kajian seramai 80 orang murid, yang terdiri daripada 41 murid lelaki dan 39 murid perempuan dari sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan. Instrumen Pengukuran Komunikasi ‘O’Donnell dan Clayton yang mengukur tahap komunikasi yang berkaitan dengan sekolah, rakan, rancangan pendidikan dan kerjaya, penggunaan masa lapang, perbelanjaan wang saku, isu-isu semasa, masalah peribadi, kawan berlainan jantina, hal keagamaan, kebolehan diri dan peraturan dan tanggung jawab di rumah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati murid-murid lelaki menerima tahap komunikasi yang tinggi dengan bapa mereka dalam perkara yang berkaitan dengan sekolah, rakan, rancangan pendidikan dan kerjaya, penggunaan masa lapang, perbelanjaan wang saku, hal keagamaan, kebolehan diri, peraturan dan tanggungjawab di rumah. Manakala murid perempuan berkomunikasi tinggi dengan bapa mereka dalam perkara berkaitan dengan sekolah, rancangan pendidikan dan kerjaya, penggunan masa lapang, perbelanjaan wang saku, hal keagamaan, kebolehan diri, peraturan dan tanggungjawab di rumah. Murid lelaki berkomunikasi tahap sederhana dalam perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa, masalah peribadi, dan mengenai kawan-kawan berlainan jantina manakala selainnya pada tahap tinggi. Murid-murid perempuan berkomunikasi sederhana dalam perkara yang berkaitan dengan isu semasa dan rakan berlainan jantina manakala selainnya pada tahap tinggi.
ABSTRACT
The research was designed to explore the level of communication of Form Two students with their parents. The study also aimed to verify whether there were any significant differences in the level of communication with their fathers and the level of communication with their mothers. The sample consisted of 80 students, 41 male and 39 female from Sekolah Menengah Kebangsaan, Jalan Kebun, Klang, Selangor. “The O’Donnell and Clayton Parent-Adolescent Communication” questionnaire was used as instrument to measure the level of communication in matters pertaining to school, friends, future education and career, time, pocket money, personal problem, friends of difference gender, religion, self ability and, rules and responsibility at home. The findings of the research showed that male students communicated at a high level with their fathers in matters involving school, friends, future education and career, time, pocket money, religion, self ability, rules and responsibility at home while female students communicated at a high level in matters pertaining school, friends, future education and career, time, pocket money, religion, self ability, and, rules and responsibility at home. In terms of communication with their mothers, male students reported a high level of communication in matters related to school, friends, future education and career, time, pocket money, religion, self ability, and rules and responsibility at home. Female students, reported a high level of communication with their mothers in terms of school, friends, future education and career, time, pocket money, personal problem, religious, self ability, rules and responsibility at home.
Dipos oleh Arbain bin Muhayat pada 29 April 2008