TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ TENTANG SANAD QIRAAT IMAM „ASIM DI PAHANG

Khairuddin bin Said*
Jamaluddin bin Adam**

Abstrak

Qiraat Imam ‘Asim merupakan salah satu qiraat yang bertaraf mutawatir dan paling dominan diamalkan oleh umat Islam. Di Malaysia, qiraat Imam ‘Asim melalui riwayat Hafs menjadi qiraat bagi sukatan pengajian al-Quran di semua pusat tahfiz. Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan tahap pengetahuan dan penguasaan usul qiraat Imam ‘Asim riwayat Hafs dan asas sanad di pusat tahfiz di negeri Pahang. Kajian kualitatif digunakan untuk mendapatkan data serta dianalisis secara deskriptif. Pengetahuan pelajar terhadap sanad menunjukkan dapatan melebih 60% kurang mengetahui dan hanya 40% sahaja mempunyai pengetahuan yang baik tentangnya. Bagi Usul Qiraat pula, pelajar boleh membaca dengan baik tetapi berada di tahap sederhana dari sudut pengetahuan tentang istilah-istilah usul yang digunakan dalam pembacaan al-Quran mengikut riwayat Hafs.

Kata kunci: sanad, qira’at, tahfiz, „Asim, al-Jazari dan tariq.

Kertas Kajian

Dipos oleh Arbain Muhayat pada 07 July 2012