Abstrak
Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, majoriti penduduk terdiri daripada golongan buta huruf dan tidak mempunyai tulisan sendiri. Sejak penyebaran agama Islam, tulisan Arab diperkenalkan dan akhirnya telah diterima sebagai tulisan umat Islam. Bagi bangsa yang belum memiliki tulisan sendiri seperti bangsa Melayu, mereka telah mengambil seratus peratus tulisan Arab menjadi tulisan jawi. Bahkan tulisan ini juga adalah sebahagian daripada warisan kebudayaan Melayu Lama. Sebelum penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, tulisan jawi menjadi tulisan rasmi dan sehingga kini ia telah mengalami pelbagai peringkat proses perubahan. Terkini, tulisan jawi telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini adalah berbentuk ujian bertulis bertujuan untuk menguji prestasi pelajar menulis jawi. Seramai 58 orang pelajar opsyen Pendidikan Islam IPG Kampus Kent telah terlibat dalam kajian ini. Data kuantitatif yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan SPSS. Selain membincangkan dapatan kajian, penulis turut menghalusi permasalahan mata pelajaran Jawi ejaan terkini seterusnya beberapa cadangan turut diketengahkan.
Kertas Kajian
SISTEM EJAAN JAWI YANG DIKEMASKINI OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA: SATU TINJAUAN
Sabariah Binti Haji Bahrun Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah (fatimahanim@yahoo.com)Abstrak
Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, majoriti penduduk terdiri daripada golongan buta huruf dan tidak mempunyai tulisan sendiri. Sejak penyebaran agama Islam, tulisan Arab diperkenalkan dan akhirnya telah diterima sebagai tulisan umat Islam. Bagi bangsa yang belum memiliki tulisan sendiri seperti bangsa Melayu, mereka telah mengambil seratus peratus tulisan Arab menjadi tulisan jawi. Bahkan tulisan ini juga adalah sebahagian daripada warisan kebudayaan Melayu Lama. Sebelum penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, tulisan jawi menjadi tulisan rasmi dan sehingga kini ia telah mengalami pelbagai peringkat proses perubahan. Terkini, tulisan jawi telah dikemaskini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini adalah berbentuk ujian bertulis bertujuan untuk menguji prestasi pelajar menulis jawi. Seramai 58 orang pelajar opsyen Pendidikan Islam IPG Kampus Kent telah terlibat dalam kajian ini. Data kuantitatif yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan SPSS. Selain membincangkan dapatan kajian, penulis turut menghalusi permasalahan mata pelajaran Jawi ejaan terkini seterusnya beberapa cadangan turut diketengahkan.
Kertas Kajian
Dipos oleh Arbain Muhayat pada 07 July 2012