POTENSI MANUSIA MENURUT PEMIKIRAN HASSAN LANGGULUNG

Rusleda binti Awang
P.M Dr Wan Kamal bin Mujani
Dr. Ruziah Sidek
Dr. Kamaruzaman Abd Ghani
(rusledanadzri@yahoo.com, inawan@ukm.my)
Pelajar PascaSiswazah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Al-Mahrum Prof. Dr. Hassan Langgulung merupakan salah seorang tokoh pendidikan Islam moden yang telah banyak memberikan sumbangan yang penting dalam pembangunan dan perkembangan pendidikan umat Islam di rantau ini. Beliau telah banyak mengemukan idea dan pemikiran pendidikan khususnya pendidikan Islam melalui penulisan-penulisannya yang kini menjadi rujukan oleh pakar-pakar pendidikan Islam. Beliau lebih terkenal dalam ideanya dalam pendidikan Islam berbanding dengan pendidikan lain. Maka artikel ini bertujuan untuk mengkaji idea dan pemikiran beliau berkaitan dengan pendidikan yang memberikan fokus kepada potensi manusia bertujuan untuk melihat kelainan idea beliau. Memandangkan potensi manusia adalah sebahagian daripada elemen penting dalam konteks pendidikan dan telah terdapat banyak kajian dan idea daripada Barat yang telah dibincangkan sebelum ini. Hasil daripada penelitian mendapati bahawa Hasan menyatakan bahawa manusia memiliki sebanyak 99, iaitu mewakili sifat-sifat asma’ al-husna. Dimana Allah telah meniupkan roh-roh asma’ al-Husna ke dalam diri manusia saat pertama manusia diciptakanNya. Walaupun sifat-sifat Tuhan ini diberikan kepada manusia namun iainya dalam bentuk yang terbatas sahaja. Menurut Hasan di dalam Islam, mengakui pengaruh pengaruh persekitaran terhadap perkembangan fitrah potensi ini, seperti kata sebuah Haditsh yang bermakna “Setiap anak-anak dilahirkan dengan fitrah. Hanya ibu bapanyalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi, Nasrani, atau Majusi”. Tetapi hal ini tidak bermakna bahwa manusia itu menjadi hamba kepada persekitaran, seperti pendapat ahli-ahli behaviorisme. Persekitaran memang memegang peranan penting dalam pembentukan tingkahlaku dan pengembangan potensi seseorang, tetapi Al-Qur’an tidak menganggapnya satu-satunya faktor.

Kertas Kajian

Dipos oleh Arbain Muhayat pada 07 July 2012