Model Standard Guru Malaysia
Model SGM
Model Standard Guru Malaysia dihuraikan berdasarkan Rajah 2.
Model SGM
Guru
(digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai
kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme
keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga
standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan;
membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru
adalah saling berkait dan bersepadu.
Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).
Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,
Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.