Piagam Pelanggan

Kami warga IPG Kampus Pendidikan Islam dengan penuh ikhlas dan iltizam, berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menentukan:

  • Guru lulusan IPG Kampus Pendidikan Islam boleh mengajar dengan berkesan mengikut bidangnya.
  • Guru lulusan IPG Kampus Pendidikan Islam mempunyai pelbagai kemahiran keguruan.
  • Guru lulusan IPG Kampus Pendidikan Islam bersifat mahmudah dan sahsiah yang mantap serta bermartabat.
  • Guru lulusan IPG Kampus Pendidikan Islam mematuhi disiplin, etika profesionalisme keguruan dan pekeliling perkhidmatan awam.
  • Staf IPG Kampus  Pendidikan Islam dapat memberikan perkhidmatan sepanjang masa dengan cemerlang, mesra, cepat, tepat dan berkesan.
  • Staf yang mencukupi, terlatih, berdedikasi, berdisiplin, komited, bertanggungjawab, produktif dan bijaksana.
  • Kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan penyayang.
  • Piawaian-piawaian dalam MS ISO 9001 BPG dipatuhi.
  • Semua pelanggan berpeluang mendapat layanan yang sama, mesra, dan adil.