M3P

MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN INSTITUT

Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut (M3P) adalah sebuah jawatankuasa tertinggi di peringkat institut.

Ahli-ahlinya terdiri daripada Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, Setiausaha-Setiausaha, Ketua Pusat Sumber dan Pegawai Eksekutif Kanan.

Setiausaha majlis ini terdiri daripada seorang pensyarah yang dilantik. Majlis ini bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk membincangkan dan membuat keputusan mengenai dasar perkara berkenaan dan pengurusan pentadbiran, akademik, hal-hal bukan akademik dan hal ehwal pelajar.