Visi dan Misi

 

 

VISI

IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru

 

MISI

Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.



MATLAMAT

• Menyediakan dan melengkapkan prasarana institut yang kondusif, ceria, bersih dan selamat.
• Pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan dilaksanakan secara profesional dan berkesan.
• Memperkasakan IPG Kampus Pendidikan Islam sebagai pusat pendidikan guru yang berkualiti dan beriklim 'dini'.
• Memartabatkan ilmu dan kemahiran keguruan kepada pelajar.
• Meningkatkan perkongsian pintar menerusi penyelidikan, khidmat nasihat dan rujukan pendidikan.

OBJEKTIF

• Menyediakan kemudahan asas pengajaran dan pembelajaran, dewan, bilik-bilik kuliah, makmal dan pusat sumber.
• Memastikan warga dan harta benda institut terkawal serta dikendalikan dengan baik dan selamat.
• Menyediakan kemudahan asas di asrama dengan sempurna dan selamat.
• Mewujudkan persekitaran institut yang ceria, bersih, tenang dan indah.
• Memastikan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan institut dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan efisyen.
• Memastikan segala perancangan pentadbiran dan perkhidmatan dilaksanakan secara sistematik dan strategik.
• Meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan dengan mengadakan program latihan yang terancang, proaktif dan inovatif.
• Meningkatkan sistem pengurusan pentadbiran terkini melalui sistem digital dan elektronik.
• Berusaha untuk melahirkan guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang berketerampilan dan berwibawa.
• Dapat mengamal dan menguasai pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
• Menjadi mercu tanda Pendidikan Islam dan pusat rujukan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
• Melahirkan guru 'murabbi' yang boleh menjadi model terunggul.
• Melahirkan pelajar yang berakhlak, berhemah tinggi, cergas, cerdas dan bijaksana.
• Meningkatkan daya juang, jati diri dan jiwa patriotik warga institut melalui program-program pembangunan diri.
• Meningkatkan kecemerlangan akademik melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
• Mempastikan pelajar institut ini mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
• Membangunkan potensi pelajar dan berkebolehan dalam persatuan, unit beruniform dan sukan.
• Memupuk, mengukuh dan menguasai kemahiran kepemimpinan yang berkesan.
• Menguruskan pengajaran dan pembelajaran secara bijak, optimum dan berkesan.
• Mewujudkan hubungan kerjasama rakan kongsi dengan syarikat-syarikat multimedia untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
• Menerima kajian-kajian tindakan dan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
• Mendapatkan dan memberi khidmat nasihat antara institusi pendidikan dan agensi-agensi lain.

MOTO

"BERILMU, BERIMAN, BERAMAL, BERBAKTI"