
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya Laman Web IPG Kampus Pendidikan Islam ini berjaya dibangunkan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membangunkan laman web rasmi ini.
Melalui kehadiran laman web ini di ruang siber, saya menaruh sepenuh harapan yang ianya dapat membawa institut ini ke satu tahap yang lebih tinggi dan cemerlang setanding dengan peningkatan sebagai IPG yang bertaraf institusi pendidikan tinggi awam. Degan kemampuan dan kepakaran semua warga IPG KPI, laman web ini bolehlah dijadikan wadah dan gelanggang perkongsian ilmu dan perbahasan intelektual dengan seluruh warga institut dan insan sarwajagat.
Laman web ini diharap dapat mendekatkan lagi ukhwah di kalangan staf akademik, staf pengurusan dan juga para pelajar yang terdiri daripada guru pelatih dan guru terlatih yang mencintai ilmu. Pelbagai aplikasi dalam talian akan dibangunkan bagi melengkapkan laman web ini sebagai saluran komunikasi berkesan dan juga membantu pengurusan yang lebih cekap terutama kepada para pelanggan yang berminat untuk meyertai institut ini.
Pembinaan laman web ini merupakan sebahagian daripada perancangan institut bagi tahun 2008 yang mana kejayaan melancarkannya dalam masa yang singkat akan dapat memenuhi matlamat dan objektif yang perlu dicapai menepati keperluan MS ISO 9001:2000 serta memenuhi kehendak pelanggan. Pada tahun ini, perancangan tahunan institut turut mengambil kira tentang perubahan struktur IPG. Saya berharap semoga laman web akan menjadi sumber rujukan bagi mengurus kejayaan dan melaksanakan penambahbaikan institut kita.
Untuk merealisasikan harapan tersebut, saya berdoa kepada Allah s.w.t agar seluruh warga IPG KPI dapat bekerjasama dan bekerja bersungguh-sungguh bagi mencipta lebih banyak kecemerlangan. Insya Allah.
HAJI AMIN BIN MOHD RASHID
Pengarah
IPG Kampus Pendidikan Islam
Selangor