Surat Pemberitahuan Pendaftaran Dan Arahan Melaporkan Diri Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru – Kampus Pendidikan Islam, Selangor
Dengan hormatnya dimaklumkan, bahawai pihak IPG, Kampus Pendidikan Islam, Selangor dengan sukacitanya mengucapkan tahniah dan syabas kepada anda kerana telah berjaya dan terpilih untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) di IPG - Kampus Pendidikan Islam, Selangor bagi sesi mulai Jun 2011. Sehubungan itu, pihak IPGKPI berharap saudara/saudari akan dapat menggunakan peluang dan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran Ilmu Keguruan .
2. Sehubungan itu, pelajar diminta membaca dengan teliti dan mengikuti syarat dan arahan melaporkan diri seperti yang terkandung dalam surat dan lampiran-lampiran yang disertakan bersama-sama ini .
2.1 Saudara/saudari dikehendaki melaporkan diri seperti berikut :
Tarikh : 20 Jun 2011 (Hari Isnin )
Masa : 8.00 - 10.30 pagi (Sila patuhi masa pendaftaran)
Tempat : Dewan Nik Mohyideen Musa , IPG, Kampus Pendidikan Islam Selangor
(dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Islam, Bangi)
(Melaporkan diri dengan cara berwakil atau menelefon tidak boleh diterima)
SILA MUAT TURUN SURAT PANGGILAN DI SINI