Dalam memenuhi keperluan yang mendesak dan bitara bagi menyediakan guru yang terlatih, institut perguruan telah dari masa ke masa telah menyusun program pendidikan guru yang memenuhi permintaan pelangan. Mereka yang memerlukan latihan profesional ini selalunya terdiri dari mereka yang bertugas sebagai guru sandaran tidak terlatih yang sedang berkhidmat di insitusi pendidikan awam dan swasta. Mereka perlu melaksanakan tugas mengajar anak didik semasa penggal persekolahan dan dalam masa yang sama mendaftar sebagai guru pelatih separuh masa di institusi perguruan.
Bergantung kepada mod yang dipilih mereka mungkin perlu melakukan pembelajaran berterusan secara online ataupun secara modular sepanjang masa penggal persekolahan dan mengikuti interaksi yang padat semasa cuti persekolahan. Ada juga mod yang mana kurikulum sepenuh masaa diguna dan diadapsasi, yang mana ini bermakna jam interaksi mesti dipenuhi semasa sesi interaksi. Pada kebiasaannya mod seperti ini memerlukan tempoh kursus dan interaksi yang lebih panjang.
Bagi kursus KDPM SABK musim interaksi adalah Mac, Mei-Jun, Ogos dan Nov-Dis sementara kumpulan lain hanya pada musim cuti pertengahan tahun dan cuti panjang hujung tahun.
Sila klik di sini untuk memuat turun jadual interaksi yang melibatkan semua penuntut berdaftar sedia ada.