Program ini menawarkan kursus pendek (sehari atau beberapa hari) kepada guru sekolah di Semenanjung Malaysia. Antara objektifnya adalah:
* Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran guru sekolah dalam tugas mereka.
* Mendedahkan guru sekolah kepada perkembangan-perkembangan semasa yang berkaitan dengan sistem pendidikan di negara ini.
* Melengkapkan guru sekolah dengan pendekatan pedagogi terkini, kemahiran berfikir, kemahiran menjalankan penyelidikan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
Tawaran dibuat melalui brosur/buku program KPKIPG. Permohonan perlu dibuat dengan menggunakan borang dalam brosur/buku program dan dihantar ke JPN untuk dipertimbangkan.