Jawatankuasa Kerja

*Sila ke laman Pengenalan untuk senarai penuh Jawatankuasa Kerja 

 

Surat Pelantikan

 

                                                                               Ruj. Kami     :            IPGM-KPI-01-169(15)

                                                                               Tarikh           :            30  Disember 2010

 

_____________________________________

_____________________________________

 

Tuan / Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA KERJA INSTITUT PENDIDIKAN GURU 

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM  TAHUN 2011

 

Dengan sukacitanya tuan/puan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa dalam tugas yang dinyatakan dalam Buku Jawatankuasa Kerja Tahun ini.

2.      Tarikh berkuatkuasa tugas-tugas yang dinyatakan ini ialah pada 31 Disember 2010.

3.            Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah diminta 

i)            menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

ii)           hadir sepenuhnya dalam setiap perjumpaan / mesyuarat / perbincangan yang diadakan oleh

        jawatankuasa berkenaan.

iii)         melaksanakan tugas-tugas seperti yang dinyatakan dalam senarai tersebut.

iv)        menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT  UNTUK  NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

(HAJI ANWAR BIN AHMAD)

b.p. Pengarah

IPG Kampus Pendidikan Islam

Bangi