Tadika Halimatus Saadiah

Tadika Halimatus Saadiah (THS) telah ditubuhkan pada awal tahun 1992 sebagai pelengkap (makmal) kepada guru-guru pelatih yang mengikuti kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak. Setelah 14 tahun beroperasi, seramai 5 orang guru telah berkhidmat di sini. Pembaharuan dan peningkatan telah berlaku dari tahun ke tahun di mana bermula tahun 2005, tadika telah mendapat peruntukan perkapita sebanyak RM 10,000 setahun dan pengurusan murid (N17) yang bertaraf jawatan tetap. Juga dari segi kelayakan guru yang merupakan guru prasekolah berijazah.

VISI

Berhasrat untuk melahirkan murid yang boleh menguasai kemahiran 3M, membimbing ke arah pembelajaran yang positif, berakhlak mulia dan berkeyakinan diri untuk mencari ilmu demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

MISI

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti P&P yang dirancang dan memberikan peluang untuk murid belajar melalui bermain, pengalaman, minat dan kemampuan untuk menguasai kemahiran asas.

OBJEKTIF

• Membentuk asas perkembangan ke tahap optimum (intelektual, fizikal, emosi, sosial dan rohani).
• Membantu murid dengan persediaan ke sekolah rendah.
• Membantu membentuk personaliti positif dan berakhlak mulia berlandaskan ajaran Islam yang kukuh.

 
Bangunan Tadika Halimatus Saadiah
 

PROFIL
GURU PRASEKOLAH
    PROFIL
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
   
Puan Roziah binti Mohd. Said
Guru Tadika DG 41
    Puan Rosfadzilah binti Muniram Pembantu Pengurusan Murid (N17)
PENGALAMAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN :

03 Januari – 7 Julai 2006 : SK Cheras Jaya, Balakong Selangor.
8 Julai 2006 hingga kini : Tadika Halimatus Saadiah, IPIS.
    PENGALAMAN :

Bekerja di INSPEN selama 5 tahun, mula bertugas di THS
pada Ogos 2005.
     

Aktiviti Kanak-kanak Prasekolah THS    
   
Bersemangat Untuk Memulakan Perarakan
   
   
Berarak Menyambut Maulidur Rasul
   
   
Seronok Belajar