LATAR BELAKANG
Jabatan Matematik IPG Kampus Pendidikan Islam telah ditubuhkan pada 1 Januari 2003 yang sebelum ini dikenali sebagai Unit Matematik di bawah pengurusan Jabatan Kajian Sosial. Penubuhannya adalah tujuan untuk melahirkan guru-guru Matematik yang mempunyai latar belakang Islam yang kompeten dan berketrampilan. Tambahan pula ketika itu, permintaan kursus matematik secara berterusan yang dikendalikan oleh Unit Matematik, seperti Kursus Abakus dan Arithmetik Mental ( 2 Minggu), Kursus Bestari Matematik (14 minggu) dan Kursus Conversion Matematik (6 Minggu) telah mendorong secara tidak langsung untuk diwujudkan Jabatan Matematik.
Kini, Jabatan Matematik mempunyai 10 orang pensyarah yang terlatih dalam bidang akademik dan pedagogi. Di samping itu, kemahiran ICT dan berkomunikasi khususnya dalam Bahasa Inggeris turut diberi penekanan. Pelbagai kursus dikendalikan seperti kursus pra-perkhidmatan iaitu Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Selain itu, Jabatan Matematik juga mengendalikan kursus-kursus dalam perkhidmatan (KDP) Tambah Matematik 6 Minggu, KDP OUM 14 Minggu, Program Pensiangan-Salinatan dan Kursus Pendek Kelolaan IPG.
Selaras dengan itu, pensyarah-pensyarah di Jabatan Matematik sentiasa bergerak pantas untuk meningkatkan kemahiran keguruan, pedagogical knowledge dan content knowledge bagi melahirkan guru-guru matematik yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, berdaya saing dan berjiwa patriotik. Justeru itu, langkah-langkah positif dan pro aktif dirangka untuk mencapai misi tersebut.
OBJEKTIF
- Mengintegrasikan nilai- nilai Islam dan Pendidikan Matematik dengan menonjolkan sumbangan Islam dalam matematik.
- Meningkatkan kualiti guru matematik yang bersepadu dalam bidang kurikulum, kokurikulum, ICT dan komunikasi khususnya Bahasa Inggeris.
- Menjalankan penyelidikan (kajian tindakan) yang berterusan untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran matematik
- Meningkatkan kemahiran dan kepakaran pensyarah dalam bidang pedagogi, strategi dan ICT
- Mewujudkan hubungan intelek di antara institut, khususnya Jabatan Matematik, sekolah-sekolah dan komuniti setempat untuk mewujudkan masyarakat madani.
PIAGAM PELANGGAN
Kami pensyarah Jabatan Matematik , dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha untuk :
- Melahirkan guru- guru matematik yang berupaya menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
- Meningkatkan kemahiran untuk menyampaikan pelaksanaan P&P melalui pelbagai aktiviti yang terancang, menarik, kreatif dan inovatif
- Memberi khidmat pengetahuan dan kepakaran dalam Pendidikan Matematik mengikut keperluan terkini.