LATAR BELAKANG
Pusat Sumber merupakan nadi ilmu dan pusat pembelajaran yang merangkumi aspek-aspek pengumpulan, penyusunan dan penyebaran maklumat.
Pusat Sumber Al-Ghazali ditubuhkan seiring dengan penubuhan Maktab Perguruan Islam (MPI) pada tahun 1977. Ianya telah beroperasi sepenuhnya pada 1 Julai 1990 di bangunan baru di lokasi yang strategik iaitu bersebelahan dengan bangunan pentadbiran, bilik kuliah, masjid Imam Al-Syafie serta kantin maktab. Setelah MPI dinaiktaraf kepada Institut Perguruan Islam (IPIS), Pusat Sumber Al-Ghazali semakin berkembang maju dengan membuat perubahan dari segi perkhidmatan manual kepada sistem pengautomasian serta menambah koleksi bahan dari masa kesemasa mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar IPIS.
VISI
Pusat Sumber Pendidikan Keguruan Yang Cemerlang
MISI
Menyediakan perkhidmatan maklumat untuk melahirkan guru yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, berdaya saing dan semangat patriotik.
OBJEKTIF
-Mendukung visi dan misi maktab responsif terhadap kehendak semasa yang berkaitan dengan kehendak ilmu pendidikan dan profesyen keguruan.
-Menjadi pusat ilmu yang kondusif dan selesa kepada pengguna ke arah memupuk pembelajaran sepanjang hayat.
-Menjadi pusat rujukan dan penyelidikan keguruan khususnya dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
-Membolehkan pengguna pusat sumber mengakses dan menilai informasi terkini melalui ICT dengan berkesan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji akan berusaha:
-memberikan layanan mesra kepada pengguna pusat sumber maktab.
-memproses borang keahlian dalam tempoh dua minggu dari tarikh penyerahan borang pendaftaran keahlian pusat sumber.
-memproses koleksi bahan baru diperolehi dan mengeluarkan ke rak sekurang-kurangnya 20 koleksi bahan sehari.
-memberikan maklumat tertentu yang diperlukan kepada warga maktab berkaitan pusat sumber.