Unit Praktikum

LATAR BELAKANG

Program praktikum adalah komponen penting dalam kurikulum latihan Perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. Pelaksanaan program ini memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi. Oleh itu Pasukan Pengurusan Praktikum, IPG Kampus Pendidikan Islam akan merancang, mengurus, melaksana dan memantau pelaksanaan program ini di semua peringkat pengajian.

VISI

Sistem Pengurusan Praktikum yang berkualiti dan cemerlang serta dapat memenuhi aspirasi Bahagian Pendidikan Guru menjelang 2012.

MISI

Memastikan sistem pengurusan praktikum IPG Kampus Pendidikan Islam yang berkualiti dan cemerlang bagi menjamin pencapaian menyeluruh dan memenuhi kepuasan pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami Pasukan Pengurusan Praktikum IPG Kampus Pendidikan Islam dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan perhatian tenaga dan usaha kami untuk:

  • Menyediakan Perancangan Tahunan Praktikum yang lengkap bagi semua kursus di IPG Kampus Pendidikan Islam berasaskan takwim Bahagian Pendidikan Guru (BPG) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum semester bermula.
  • Mengeluarkan maklumat penempatan guru pelatih dan penyelia praktikum tidak lewat dua bulan sebelum tarikh sebenar praktikum.
  • Melaksanakan kursus mentoring kepada guru pembimbing bagi meningkatkan ketrampilan penyeliaan tidak lewat dua minggu selepas guru pelatih melapor diri ke sekolah dengan syarat peruntukan diberi oleh BPG.
  • Memastikan semua pensyarah penyelia menjalankan bimbingan dan penyeliaan mengikut jumlah yang telah ditetapkan.
  • Memastikan AJK Induk Praktikum menjalankan pemantauan sekurang-kurangnya sekali di sekolah-sekolah yang ditetapkan.
  • Mendapatkan semua markah dan instrumen penilaian daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing tidak lewat dua minggu sebelum Jawatankuasa Induk Praktikum mengadakan mesyuarat untuk memutuskan keputusan akhir.
  • Mengambil tindakan dengan memanjangkan kes pelanggaran peraturan praktikum kepada JK Tindakan Tatatertib IPG Kampus Pendidikan Islam tidak lewat 7 hari selepas laporan diterima daripada penyelia atau pihak sekolah.


PELANGGAN

  • Guru Pelatih Praperkhidmatan
  • Peserta Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)
  • Pensyarah Penyelia Praktikum
  • Guru Pembimbing Praktikum

 

OBJEKTIF KUALITI

Sekurang-kurangnya 75% pelajar menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai hasil daripada pelaksanaan program Praktikum Fasa I dan II KPLI dan Fasa I dan II KPLI (Rendah), KDP dan KSPK.

 

DASAR   PELAKSANAAN  PRAKTIKUM  IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Penentuan kawasan

  • Penempatan di sekolah-sekolah di Selangor (dalam zon) hendaklah diutamakan.
  • Penempatan  ke negeri–negeri berhampiran dilakukan sekiranya sekolah-sekolah di Selangor tidak mencukupi untuk menampung pelajar, atau pengkhususan tertentu sukar dicari sekolahnya di Selangor.
  • Untuk penempatan luar zon (Selangor), kebenaran bertulis perlu diperolehi daripada Pengarah BPG.

 

Penentuan sekolah       

  • Penentuan sekolah hendaklah dibuat dua bulan sebelum pelajar keluar untuk praktikum.
  • Untuk tujuan ini, KUPr dan Penyelaras hendaklah menyediakan senarai taburan sekolah dan opsyen.
  • Senarai taburan dan opsyen yang disediakan oleh KUPr dan Penyelaras adalah muktamad.  Hanya rayuan munasabah sahaja yang akan dipertimbangkan oleh KUPr dan Penyelaras.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat pindaan sendiri ke atas penempatan yang telah ditentukan.
  • Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang hubungan dengan pihak sekolah tanpa kebenaran KUPr / Penyelaras.

 

Penentuan pensyarah penyelia major dan minor / elektif

  • Penempatan pensyarah pembimbing berdasarkan kepada satu daerah / kawasan  sahaja.
  • Pensyarah Pengkhususan akan membimbing dan menyelia guru pelatih KPLI(M), KPLI(R), PISMP dan KDPM bagi mata pelajaran Major.
  • Pensyarah bukan pengkhususan yang berpengalaman boleh membimbing dan menyelia pelatih KPLI(R), PISMP dan KDPM dalam mata pelajaran yang sesuai.
  • Penentuan Pensyarah mata pelajaran minor / elektif diselaraskan oleh Penyelaras / KUPr.
  • Senarai Tugas Staf Ikhtisas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Institut /Institut Perguruan Malaysia Bil 1/2000 menyatakan tentang tugas Ketua Jabatan dan Pensyarah dalam praktikum:

                -    Pensyarah : 8 jam seminggu (menyelia)
                -    Ketua Jabatan : 5 jam seminggu (menyelia dan memantau)   

  • Sebarang pertukaran penempatan pensyarah pembimbing perlu dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada KUPr/Penyelaras terlebih dahulu.

 

Penentuan pemantauan dan peratus sekolah yang perlu dipantau

  • Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada semua Ketua Jabatan, Ketua Unit LDP dan Ketua Unit Peperiksaan.
  • Sekurang-kurangnya 50% dari jumlah sekolah yang terlibat dalam program praktikum perlu dipantau.

 

Penentuan rentasan

  • Garis Panduan Praktikum Latihan Perguruan Praperkhidmatan BPG (Edisi Mei 2005), muka surat 23, perkara (iii) menyatakan dengan jelas bahawa semua kes gagal / cemerlang perlu direntas oleh JKIPMPG.
  • Rentasan kes cemerlang berdasarkan kriteria:

                 -    Cemerlang (kes A –markah 90 dan ke atas)
                 -    Untuk Fasa II sahaja
                 -    Guna Borang PR 2

 

STRUKTUR JAWATANKUASA INDUK  UNIT PRAKTIKUM