Unit Praktikum

LATAR BELAKANG

Program praktikum adalah komponen penting dalam kurikulum latihan Perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. Perlaksanaan program ini memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi. Oleh itu Pasukan Pengurusan Praktikum, Institut Perguruan Islam akan merancang, mengurus, melaksana dan memantau pelaksanaan program ini di semua peringkat pengajian.

VISI

Sistem Pengurusan Praktikum yang berkualiti dan cemerlang serta dapat memenuhi aspirasi Bahagian Pendidikan Guru menjelang 2010.

MISI

Memastikan sistem pengurusan praktikum Institut Perguruan Islam yang berkualiti dan cemerlang bagi menjamin pencapaian menyeluruh dan memenuhi kepuasan pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami Pasukan Pengurusan Praktikum Institut Perguruan Islam dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan perhatian tenaga dan usaha kami untuk:

-menyediakan Perancangan Tahunan Praktikum yang lengkap bagi semua kursus di IPIS berasaskan takwim Bahagian Pendidikan Guru (BPG) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum semester bermula.
-mengeluarkan maklumat penempatan guru pelatih dan penyelia praktikum tidak lewat dua bulan sebelum tarikh sebenar praktikum.
-melaksanakan kursus mentoring kepada guru pembimbing bagi meningkatkan ketrampilan penyeliaan tidak lewat dua minggu selepas guru pelatih melapor diri ke sekolah dengan syarat peruntukan diberi oleh BPG.
-memastikan semua pensyarah penyelia menjalankan bimbingan dan penyeliaan mengikut jumlah yang telah ditetapkan.
-memastikan AJK Induk Praktikum menjalankan pemantauan sekurang-kurangnya sekali di sekolah-sekolah yang ditetapkan.
-mendapatkan semua markah dan instrumen penilaian daripada pensyarah penyelia dan guru pembimbing tidak lewat dua minggu sebelum Jawatankuasa Induk Praktikum mengadakan mesyuarat untuk memutuskan keputusan akhir.
-mengambil tindakan dengan memanjangkan kes pelanggaran peraturan praktikum kepada JK Tindakan Tatatertib IPIS tidak lewat 7 hari selepas laporan diterima daripada penyelia atau pihak sekolah.

PELANGGAN

-Guru Pelatih Praperkhidmatan

-Peserta Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)

-Pensyarah Penyelia Praktikum

-Guru Pembimbing Praktikum

OBJEKTIF KUALITI


Sekurang-kurangnya 75% pelajar menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai hasil daripada pelaksanaan program Praktikum Fasa I dan II KPLI dan Fasa I dan II KPLI (Rendah), KDP dan KSPK.

DASAR PELAKSANAAN PRAKTIKUM IPIS 2008

1.Penentuan Kawasan

1.1 Penempatan di sekolah-sekolah di Selangor (dalam zon) hendaklah diutamakan.

1.2 Penempatan ke negeri –negeri berhampiran dilakukan sekiranya sekolah-sekolah di Selangor tidak mencukupi untuk menampung pelajar, atau pengkhususan tertentu sukar dicari sekolahnya di Selangor.

1.3 Untuk penempatan luar zon (Selangor), kebenaran bertulis perlu diperolehi daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru.

2. Penentuan Sekolah

2.1 Penentuan sekolah hendaklah dibuat dua bulan sebelum pelajar keluar untuk praktikum.

2.2 Untuk tujuan ini, SUPr dan Penyelaras hendaklah menyediakan senarai taburan sekolah dan opsyen.

2.3 Senarai taburan dan opsyen yang disediakan oleh SUPr dan Penyelaras adalah muktamad. Hanya rayuan munasabah sahaja yang akan dipertimbangkan oleh SUPr dan Penyelaras.

2.4 Pelajar tidak dibenarkan membuat pindaan sendiri ke atas penempatan yang telah ditentukan.

2.5 Pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang hubungan dengan pihak sekolah tanpa kebenaran KUPr/Penyelaras.

3. Penentuan Pensyarah Penyelia Major dan Minor/Elektif

-Penempatan pensyarah pembimbing berdasarkan kepada satu daerah/kawasan sahaja.

-Pensyarah Pengkhususan akan membimbing dan menyelia guru pelatih KPLI(M),KPLI(R) dan KDPM bagi mata pelajaran Major.

-Pensyarah bukan pengkhususan yang berpengalaman boleh membimbing dan menyelia pelatih KPLI(R) dan KDPM dalam mata pelajaran yang sesuai.

-Penentuan Pensyarah m/pelajaran minor/elektif diselaraskan oleh Penyelaras/SUPr.

-Senarai Tugas Staf Ikhtisas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Institut/Institut Perguruan Malaysia Bil 1/2000 menyatakan tentang tugas Ketua Jabatan dan Pensyarah dalam praktikum:

Pensyarah: 8 jam seminggu (menyelia)
Ketua Jabatan: 5 jam seminggu (menyelia dan memantau)

-Sebarang pertukaran penempatan pensyarah pembimbing perlu dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada SUPr/Penyelaras terlebih dahulu.

4. Penentuan Pemantauan dan Peratus Sekolah yang perlu dipantau

4.1. Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Perguruan yang terdiri daripada semua Ketua Jabatan, Setiausaha LDP, Setiausaha Peperiksaan, dan Pegawai Perpustakaan akan menjadi panel pemantau.

4.2. Sekurang-kurangnya 50% dari jumlah sekolah yang terlibat dalam program praktikum perlu dipantau.

5.Penentuan Rentasan

5.1 Garis Panduan Praktikum Latihan Perguruan Praperkhidmatan BPG (Edisi April 2003), muka surat 23, perkara (iii) menyatakan dengan jelas bahawa semua kes gagal/cemerlang perlu direntas oleh JKIPMPG.

5.2. Rentasan kes cemerlang berdasarkan kriteria:

-Cemerlang (kes A –markah 90 dan ke atas)
-Untuk Fasa II sahaja
-Guna borang PR 2

STRUKTUR JAWARANKUASA INDUK PRAKTIKUM 2010

CARTA ORGANISASI PASUKAN PENGURUSAN UNIT PTAKTIKUM

 

KETUA UNIT PRAKTIKUM

PERANCANGAN TAHUN 2010

 

 Muat Turun Versi PDF