Unit Peperiksaan dan Penilaian

LATAR  BELAKANG

Unit peperiksaan mentadbir program peperiksaan mengikut takwim yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Selain menguruskan peperiksaan peringkat institut, unit ini juga mengurus dan mentadbir kerencaman program peperiksaan dan penilaian anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF

  • Merancang aktiviti-aktiviti peperiksaan selaras dengan perancangan Unit Penilaian BPG
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan peperiksaan Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu (KDP), Kursus Sijil  Perguruan Khas (KSPK), Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan kursus-kursus lain anjuran Bahagian Pendidikan Guru
  • Menyediakan Jadual Waktu Peperiksaan, Jadual Pengawasan dan Jadual Pemeriksaan Skrip Jawapan
  • Memproses keputusan Kerja Kursus dan Taksiran dalam BKKP
  • Memproses keputusan Kerja Kursus dan Peperiksaan dalam borang BIKP
  • Membuat Analisis Keputusan Peperiksaan dan Analisis Item
  • Menyedia dan mengedar Transkrip Keputusan Peperiksaan, sijil dan Diploma Perguruan kepada para lulusan
  • Menguruskan graduan dan sijil untuk majlis konvokesyen


PIAGAM PELANGGAN

Unit Peperiksaan Dan Penilaian berjanji dan berusaha untuk: 

  • Menjamin kewibawaan dan menjaga kredibiliti dan akauntibiliti dalam sistem penilaian setiap masa
  • Menjamin kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan peperiksaan dan skrip jawapan yang dikendalikan oleh institut
  • Menjalankan dan menyelaras aktiviti peperiksaan dan penilaian berasaskan keadilan, kejituan, kesahan dan kebolehpercayaan dengan mengikut prosedur yang ditetapkan
  • Memastikan pelajar pendidikan guru dapat menjalani proses penilaian dengan selesa tanpa gangguan
  • Memastikan pelajar pendidikan guru KDPM mendapat keputusan peperiksaan semester 1, 2, 3, 4 dan 5  tidak lewat daripada 2 minggu selepas mesyuarat JKPPIPG
  • Memastikan pelajar pendidikan guru KPLI dan KDPM semester akhir mendapat keputusan peperiksaan mereka pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru (LPPG)
  • Memastikan peserta Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) mendapat keputusan peperiksaan mereka tidak lewat 2 minggu selepas mesyuarat JKPPIPG
  • Memastikan Diploma dan Sijil Perguruan akan dikeluarkan pada hari konvokesyen institut
  • Memberikan perkhidmatan yang mesra dan berkualiti kepada semua pelanggan pada setiap masa



 

 

 

BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

  • KETUA UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN (PPPS DG48M)

       -   Menentukan melaksanakan dasar peperiksaan dan penilaian peringkat Institut
       -   Urus setia mesyuarat/kursus kelolaan Unit Peperiksaan dan Penilaian BPG di peringkat Institut
       -   Pemegang PT 15 untuk pengauditan
       -   Menyelaras pelaksanaan aktiviti Sub Unit Pengurusan dan Pentadbiran Penilaian
       -   Menyelaras pelaksanaan aktiviti Sub Unit Taksiran Kerja Kursus
       -   Menyelaras pelaksanaan aktiviti Sub Unit Penggubalan Soalan
       -   Menyelaras pelaksanaan aktiviti Sub Unit Pemeriksaan Skrip
       -   Menyelaras pelaksanaan aktiviti Sub Unit Data, Analisis Peperiksaan dan Bank Item
       -   Mempengerusikan JK Kerja Peperiksaan dan Penilaian Institut yang ahlinya terdiri daripada ketua-ketua Sub Unit   
       -   Mempengerusikan Jawatankuasa setiap Sub unit di bawah Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut
       -   Menjadi penghubung antara Pengarah, Timbalan Pengarah dan staf Institut dengan Unit
       -   Menguruskan Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST)
       -   Setiausaha Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru (JKPPIPG)
       -   Ahli Panel Penyemakan Soalan Peperiksaan di peringkat Institut
       -   Menganggotai Jawatankuasa Induk Praktikum peringkat Institut
       -   Menganggotai Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut (M3P)
       -   Mengurus dokumen, fail dan surat-menyurat Unit
       -   Mengurus pejabat dan kakitangan Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut
       -   Membuat penilaian dan menyediakan laporan penilaian prestasi bagi semua staf di bawah Unit
       -   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Pengarah dan /atau Bahagian Pendidikan Guru

  • PENOLONG KETUA UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN (PPPS DG48M)

       -   Menjalankan tugas Ketua Unit semasa ketiadaan Ketua Unit
       -   Mengurus inden dan data peperiksaan semua kursus
       -   Mengurus daftar calon dan taklimat peperiksaan
       -   Mengurus jadual kerja Unit
       -   Mengurus BIKP, transkrip, sijil, diploma dan ijazah
       -   Mengurus peperiksaan MUET Bahasa Inggeris
       -   Mengurus latihan dalaman untuk staf Institut berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian
       -   Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru
       -   Membantu pelaksanaan tugas semua Sub-Unit peperiksaan
       -   Menganggotai Jawatankuasa  Pensijilan Konvokesyen
       -   Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru

  • KETUA SUB UNIT PENGURUSAN DATA DAN PENTADBIRAN PEPERIKSAAN (PPPS DG48M)

       -   Pelapis Pemegang PT 15 untuk pengauditan
       -   Menyediakan jadual pengawasan peperiksaan
       -   Mengurus surat lantikan pengawas peperiksaan
       -   Mengurus Senarai Nama dan Jadual Markah dan Kehadiran (JMK) untuk setiap kertas peperiksaan
       -   Mengurus nombor meja dan persiapan dewan dan bilik peperiksaan
       -   Mengadakan taklimat peperiksaan untuk pengawas peperiksaan dan calon peperiksaan
       -   Mengendalikan peperiksaan
       -   Mengurus dan merekod bahan peperiksaan
       -   Mengawal pergerakan kertas soalan peperiksaan
       -   Mengurus penyimpanan dan pelupusan bahan peperiksaan
       -   Mengurus inventori bahan/barangan stor dan bilik kebal
       -   Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru
       -   Menganggotai Jawatankuasa Persijilan Konvokesyen
       -   Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru

  • KETUA SUB-UNIT TAKSIRAN KERJA KURSUS (PPPS DG48M)

       -   Penyelaras Pentaksiran Kerja Kursus Institut
       -   Pemegang PT 14
       -   Mengurus segala perkara berkaitan taksiran kerja kursus termasuk penilaian KKBI, Praktikum, Gerko, Ujian Lisan dan Ujian Amali
       -   Menyimpan, merekod dan mengurus Sukatan Pelajaran, JPT (Jadual Penentuan Tugasan, PMM (Peraturan Memberi Markah) dan dokumen berkaitan Pentaksiran Kerja Kursus
       -   Merancang perlaksanaan semua jenis Taksiran Kerja Kursus Berasaskan Ilmu KKBI (Amali, Lisan, Bina Insan Guru, Kokurikulum, Praktikum, dan Projek Khas) Peringkat Jabatan / Institut
       -   Menyelaras dan memantau perlaksanaan semua jenis Taksiran Kerja Kursus Peringkat Jabatan / Institut
       -   Menyimpan dan merekod markah dan keputusan semua jenis taksiran kerja kursus ke dalam BKKP
       -   Menguruskan pelantikan penyelaras dan pemeriksa / moderator kerja kursus setiap mata pelajaran
       -   Bertanggungjawab kepada kawalan mutu dan kawalan keselamatan taksiran dan kerja kursus peringkat Institut
       -   Bertanggungjawab untuk memilih, menyimpan dan merekodkan sampel kerja kursus untuk tujuan moderasi
       -   Menyelaras pelaksanaan moderasi taksiran kerja kursus: Peringkat Jabatan, Institut,  Zon dan Pusat
       -   Menyediakan analisis keputusan taksiran kerja kursus dari BKKP untuk dibawa ke mesyuarat JKPPIPG bagi    menentukan kelayakan calon menduduki peperiksaan
       -   Menganggotai Jawatankuasa Persijilan Konvokesyen
       -   Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru

  • KETUA SUB UNIT PENGGUBALAN SOALAN (PPPS DG48M)

       -   Penyelaras Penggubalan Soalan peringkat Institut
       -   Pemegang PT 13 untuk pengauditan
       -   Mengurus dan merekod bahan berkaitan penggubalan seperti Jadual Penentu Ujian (JPU) dan Jadual Spesifikasi Ujian  (JSU), draf soalan dan PMM
       -   Merekod senarai nama Pensyarah Mata Pelajaran
       -   Menyediakan jadual dan pelan tindakan Penggubalan Soalan peringkat Institut
       -   Ahli Panel Penyemakan Draf Soalan Peringkat Institut
       -   Mengurus mesyuarat pemurnian Kertas Soalan peringkat Institut
       -   Menganggotai Jawatankuasa Pensijilan Konvokesyen
       -   Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG dan Bahagian Pendidikan Guru

  • KETUA SUB UNIT PEMERIKSAAN SKRIP (PPPS DG44)

       -   Penyelaras Proses Moderasi Skrip peringkat Institut
       -   Pemegang PT 16 untuk pengauditan
       -   Menyediakan jadual dan pelan tindakan moderasi skrip peringkat Institut
       -   Mengurus dan merekod bahan berkaitan moderasi seperti soalan, PMM dan skrip jawapan setiap mata pelajaran peperiksaan
       -   Mengurus moderasi pemeriksaan skrip
       -   Mengurus skrip calon, skrip sampelan dan dokumen yang diperlukan untuk moderasi skrip jawapan
       -   Mengurus dan merekod keluar masuk bahan-bahan sulit peperiksaan untuk kegunaan Institut dan BPG
       -   Menganggotai Jawatankuasa Pensijilan Konvokesyen
       -   Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG dan Bahagian Pendidikan Guru

  • KETUA SUB-UNIT DATA, ANALISIS ITEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN BANK ITEM (PPPS DG48M)

       -   Penyelaras Analisis Item peringkat Institut
       -   Pemegang PT 19 untuk pengauditan
       -   Merancang dan mengurus analisis item peringkat Institut
       -   Menyediakan fail data untuk analisis item
       -   Mengurus pengambilan dan serahan skrip jawapan calon untuk analisis item selepas setiap peperiksaan
       -   Mengumpul fail data/disket analisis item peringkat Institut
       -   Menyediakan analisis keputusan peperiksaan setiap semester
       -   Merancang dan memantau penggubalan soalan untuk praujian
       -   Menyelaras analisis data ujian percubaan untuk dimasukkan ke dalam bank item
       -   Menyelaras praujian (ujian percubaan)/projek bank item peringkat Institut
       -   Penyelaras Penyelidikan untuk Unit Peperiksaan dan Penilaian
       -   Menganggotai Jawatankuasa Pensijilan Konvokesyen
       -   Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru

  • STAF SOKONGAN

       -   Pembantu Pegawai Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian DGA 32
       -   Membantu menyediakan jadual kerja unit
       -   Membantu menguruskan inden calon peperiksaan semua kursus
       -   Membantu menguruskan pendaftaran calon peperiksaan
       -   Membantu menyemak maklumat daftar calon dan memberi angka giliran
       -   Membantu menyediakan slip calon menduduki peperiksaan
       -   Membantu menyediakan jadual waktu peperiksaan
       -   Membantu menyediakan jadual pengawasan / penyeliaan peperiksan
       -   Membantu mengurus dan menyediakan keperluan peperiksaan
       -   Membantu menerima dan menyemak bahan-bahan peperiksaan
       -   Membantu mengurus penyimpanan dan pelupusan bahan peperiksaan
       -   Membantu mengurus inventori bahan / barangan stor dan bilik kebal
       -   Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian
       -   Membantu mengurus transkrip keputusan       

  • Pembantu Tadbir (N17) (Perkeranian dan Operasi)

       -   Mengawal pergerakan surat-menyurat dan rekod sistem fail Unit Peperiksaan
       -   Mengawal rekod simpanan data Unit Peperiksaan
       -   Membantu pengendalian urusan peperiksaan dan penilaian di Institut
       -   Membantu menyemak inden peperiksaan dan data calon yang akan menduduki peperiksaan kendalian Institut
       -   Membantu penyediaan Jadual Pengawasan Peperiksaan
       -   Menyediakan keperluan mesyuarat yang diuruskan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian
       -   Membantu mengurus perlaksanaan taksiran kerja kursus
       -   Membantu mengurus perlaksanaan penggubalan soalan
       -   Membantu mengurus perlaksanaan moderasi penilaian taksiran dan kerja kursus
       -   Membantu mengurus perlaksanaan peperiksaan bertulis
       -   Membantu mengurus perlaksanaan moderasi pemeriksaan skrip
       -   Membantu mengurus perlaksanaan analisis keputusan dan item ujian
       -   Membantu mengurus transkrip dan sijil/diploma/ijazah
       -   Membantu kerja-kerja pemusnahan bahan-bahan peperiksaan
       -   Menganggotai Jawatankuasa Pensijilan Konvokesyen
       -   Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Sub-Unit, Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru

  • Pembantu Tadbir Rendah (N11) (Jurutaip)

       -   Menaip, mendokumentasi dan mengemas kini surat-menyurat
       -   Menyedia, mendokumentasi dan mengemas kini fail
       -   Menaip surat lantikan pengawas dan pemeriksa sesuatu peperiksaan
       -   Menyedia rekod edaran dan mengedar Borang Kerja Kursus dan Peperiksaan (BKKP)
       -   Mencetak Borang Induk Keputusan Peperiksaan (BIKP)
       -   Menguruskan tempahan dewan / bilik peperiksaan
       -   Menyediakan slip meja dan nombor meja
       -   Menyediakan Borang Laporan Penyeliaan Peperiksaan / Pengawasan
       -   Mengedar Borang Kerja Kursus dan Peperiksaan (BKKP)
       -   Mencetak Borang Induk Keputusan Peperiksaan (BIKP)
       -   Mencetak transkrip dan sijil / diploma / ijazah
       -   Menaip minit mesyuarat pengurusan Unit Peperiksaan
       -   Menaip Laporan JKPPIPG
       -   Membantu penyediaan Jadual Peperiksaan dan Jadual Pengawasan
       -   Membuat pesanan barang keperluan unit daripada stor pusat
       -   Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Sub-Unit, Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru

  • Pembantu Am Pejabat (N1)

       -   Membantu mengurus, merekod dan mengedar surat-surat dan dokumen-dokumen peperiksaan kepada Ketua–Ketua Jabatan / Unit dan pensyarah-pensyarah
       -   Membantu menguruskan percetakan soalan-soalan binaan Institut dan PMM serta membantu menguruskan pengiriman kertas-kertas soalan dan PMM tersebut ke Bahagian Pendidikan Guru
       -   Mencetak borang-borang berkaitan penilaian dan peperiksaan.
       -   Menampal notis, jadual waktu peperiksaan dan pelan tempat duduk di papan kenyataan, dewan dan bilik-bilik peperiksaan.
       -   Menampalkan slip / nombor meja di dewan dan bilik-bilik peperiksaan yang terlibat
       -   Menguruskan rekod penerimaan, pengiriman sijil, transkrip dan mengedarkan surat / dokumen kepada pelajar
       -   Bertugas di kaunter Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut
       -   Menjaga keceriaan dan kebersihan pejabat Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut
       -   Mengendalikan mesin rizo, mesin fotostat dan mesin perincih
       -   Mengambil barang-barang keperluan unit daripada stor dan mengemas kini buku stok
       -   Memusnahkan dokumen peperiksaan / bahan sulit yang diarahkan oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian
       -   Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian / Ketua Unit  dari semasa ke semasa

 

 

 

 

 

PENUTUP

Jawatan Ketua Unit Peperiksaan merupakan jawatan hakiki yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Guru. Ia merupakan jawatan yang mengurus aspek peperiksaan dan penilaian di Institut. Jawatan ini berfungsi menggerakkan aktiviti akademik bermula dari menggubal soalan sehingga mengeluarkan sijil.

Struktur organisasi peperiksaan dan penilaian yang mantap amat perlu dalam menghadapi era perubahan di Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru. Penekanan kepada kursus praperkhidmatan dan kursus dalam perkhidmatan menyebabkan ianya amat perlu bersedia dengan kakitangan yang komited sepenuh masa bernaung di bawah Unit Peperiksaan dan Penilaian.