Unit Peperiksaan dan Penilaian

LATAR BELAKANG

Unit peperiksaan mentadbir program peperiksaan mengikut takwim yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Selain menguruskan peperiksaan peringkat institut, unit ini juga mengurus dan mentadbirkan kerencaman program peperiksaan dan penilaian anjuran Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

VISI

Organisasi yang dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi dalam memproses dan menyimpan maklumat / data peperiksaan dan penilaian mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan

MISI

Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran peperiksaan dan penilaian yang cekap dan berkesan bagi memastikan semua proses penggubalan soalan, moderasi kerja kursus, pemeriksaan skrip, pengawasan peperiksaan dan analisis peperiksaan dijalankan mengikut kualiti /piawaian yang ditetapkan

OBJEKTIF

  • Merancang aktiviti-aktiviti peperiksaan selaras dengan perancangan Unit Penilaian BPG
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan peperiksaan Kursus dalam Perkhidmatan 14 Minggu (KDP), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan lain-lain kursus anjuran Bahagian Pendidikan Guru
  • Menyediakan Jadual Waktu Peperiksaan, Jadual Pengawasan dan Jadual Pemeriksaan Skrip Jawapan
  • Memproses keputusan Kerja Kursus dan Taksiran dalam BKKP
  • Memproses keputusan Kerja Kursus dan Peperiksaan dalam borang BIKP
  • Membuat Analisis Keputusan Peperiksaan dan Analisis Item
  • Menyedia dan mengedar Transkrip Keputusan Peperiksaan, sijil dan Diploma Perguruan kepada para lulusan
  • Menguruskan graduan dan sijil untuk majlis konvokesyen

PIAGAM PELANGGAN


Unit Peperiksaan dan Penilaian berjanji dan berusaha untuk:
  • menjamin kewibawaan dan menjaga kredibiliti dan akauntibiliti dalam sistem penilaian setiap masa
  • menjamin kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan peperiksaan dan skrip jawapan yang dikendalikan oleh institut
  • menjalan dan menyelaraskan aktiviti peperiksaan dan penilaian berasaskan keadilan, kejituan, kesahan dan kebolehpercayaan dengan mengikut prosedur yang ditetapkan
  • mempastikan pelajar pendidikan guru dapat menjalani proses penilaian dengan selesa tanpa ganguan
  • mempastikan pelajar pendidikan guru KDPM mendapat keputusan peperiksaan semester 1, 2, 3, 4 dan 5 tidak lewat 2 minggu selepas mesyuarat JKPPIPG
  • mempastikan pelajar pendidikan guru PISMP mendapat keputusan peperiksaan semester 1, 2, 3, 4 dan 5 tidak lewat 2 minggu selepas mesyuarat JKPPIPG
  • mempastikan pelajar pendidikan guru KPLI dan KDPM semester akhir mendapat keputusan peperiksaan mereka pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru (LPPG)
  • mempastikan peserta Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) mendapat keputusan peperiksaan mereka tidak lewat 2 minggu selepas mesyuarat JKPPIPG
  • mempastikan Diploma dan Sijil Perguruan akan dikeluarkan pada hari konvokesyen institut
  • memberikan perkhidmatan yang mesra dan berkualiti kepada semua pelanggan pada setiap masa

STRUKTUR  ORGANISASI  UNIT  PEPERIKSAAN  DAN  PENILAIAN  INSTITUT  PERGURUAN  ISLAM 

PENSYARAH UNIT PEPERIKSAAN

Bil
Nama Pensyarah Kelulusan Jawatankuasa Disandang 2009
Pengalaman dan Kepakaran (di Institut Perguruan)
 Peringkat Jabatan Peringkat Institut/BPG dan Agensi
 1
Hj Fazdi bin Harun

Sarjana Pendidikan (Bahasa Arab) UKM, 2007


B.A (Hons) (Bahasa Arab & Kesusasteraan), Mu’tah University, Jordan, 1998
 

Ketua Unit Peperiksaan
  • Menentukan pelaksanaan dasar
  • Memantau aktiviti-aktiviti Unit
  • Menubuhkan Jawatankuasa setiap Sub Unit
  • Mengurus peperiksaan dan pentaksiran berhubung dengan:
  • Taksiran Kerja Kursus
  • Peperiksaan Bertulis
  • Peperiksaan Amali
  • Surat menyurat
  • Penghubung (Laison)
  • MTeST
  • MUET 
  • Pemegang PT15
  • AJK M3P
  • AJK Majlis Kualiti Institut
  • Setiausaha JKPPIPG
  • AJK JKPKP
  • AJK Majlis Konvokesyen
  • AJK Kurikulum
  • AJK Jaminan Kualiti
  • AJK PIPP
  • AJK Pengurusan Disiplin Pelajar
  • AJK Kewangan
  • AJK Pembangunan & Teknikal
  • AJK Praktikum
  • AJK Keselamatan
  • AJK Maklumat & Pengkomputeran
  • AJK Latihan Perguruan Mod KDC
  • Ahli Pra LPPG
  • Penasihat MPPP-Akademik
  • AJK Masjid As-Syafie (Bilal 2)
  • AJK KISSM
  • AJK Bina Insan Guru
  • AJK Pemandu ICT
  • Editor B. Arab Majalah An-Nur 
  • Menggubal soalan PPISMP, PISMP, KPLI Major B.A, KPLI j-QAF, PISMK-OUM dan KPLI SABK
  • Membina JSU PISMP
  • Menggubal, memurnikan dan merakam soalan ujian amali PISMP dan PPISMP
  • Membina pro-forma KPLI, PISMP
  • Tutor Bahasa Arab dan Tamadun Islam
  • Membina Rancangan Semester PISMK-OUM dan tugasan
  • Fasilitator Kursus Pedagogi B.Arab
  •  

BIDANG TUGAS AJK UNIT DAN PENILAIAN

KETUA UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN DG44 (M)

  1. Menentukan melaksanakan dasar peperiksaan dan penilaian peringkat Institut
  2. Urus setia mesyuarat/kursus kelolaan Unit Peperiksaan dan Penilaian Bahagian Pendidikan Guru di peringkat Institut
  3. Pemegang PT 15 untuk pengauditan
  4. Menyelaras pelaksanaan aktiviti Sub Unit Pengurusan dan Pentadbiran Penilaian
  5. Menyelaras pelaksanaan aktiviti Sub Unit Taksiran dan Kerja Kursus
  6. Menyelaras pelaksanaan aktiviti Sub Unit Penggubalan Soalan
  7. Menyelaras pelaksanaan aktiviti Sub Unit Pemeriksaan Skrip
  8. Menyelaras pelaksanaan aktiviti Sub Unit Data, Analisis Peperiksaan dan Bank Item
  9. Mempengerusikan Jawatankuasa Kerja Peperiksaan dan Penilaian Institut yang ahlinya terdiri daripada ketua-ketua Sub Unit
  10. Mempengerusikan Jawatankuasa setiap Sub unit di bawah Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut
  11. Mempengerusikan Jawatankuasa Pensijilan Kovokesyen
  12. Menjadi penghubung antara Pengarah, Timbalan Pengarah dan staf Institut dengan jabatan berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian
  13. Menguruskan Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST)
  14. Menguruskan Latihan Dalaman untuk staf institut berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian
  15. Setiausaha Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru (JKPPIPG)
  16. Setiausaha Panel Penyemakan Soalan Peperiksaan di peringkat Institut
  17. Menganggotai Jawatankuasa Induk Praktikum peringkat Institut 
  18. Menganggotai Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut (M3P) 
  19. Menganggotai Jawatankuasa Induk Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) peringkat institut 
  20. Menganggotai Jawatankuasa Induk Bina Insan Guru Institut Pendidikan Guru  
  21. Menganggotai Jawatankuasa Majlis Kualiti Institut 
  22. Menganggotai Jawatankuasa Konvokesyen Institut 
  23. Menganggotai Jawatankuasa PIN 
  24. Menganggotai Jawatankuasa Keutuhan Institut 
  25. Mengurus dokumen, fail dan surat-menyurat Unit
  26. Mengurus pejabat dan kakitangan Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut
  27. Membuat penilaian dan menyediakan laporan penilaian prestasi bagi semua staf di bawah Unit
  28. Memantau aktiviti pelaksanaan peperiksaan dan penilaian
  29. Mengurus jadual peperiksaan Institut
  30. Menyediakan BKKP
  31. Mengurus pentadbiran peperpiksaan dan masalah-masalah yang berkaitan
  32. Menyediakan On-Line markah kerja kursus

PENOLONG KETUA UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN DG48 (M)

  1. Menyediakan dan menguruskan jadual kerja unit
  2. Menjalankan tugas Ketua Unit semasa ketiadaan Ketua Unit
  3. Mengurus inden dan data calon peperiksaan semua kursus
  4. Mengurus daftar calon dan memberi angkagiliran
  5. Menyediakan slip calon menduduki peperiksaan
  6. Menyediakan jadual waktu peperiksaan
  7. Menyediakan jadual pengawasan / penyeliaan peperiksaan
  8. Mengurus dan menyediakan keperluan peperiksaan termasuk peperiksaan amali
  9. Menerima dan menyemak bahan-bahan peperiksaan (soalan) dll
  10. Memberi taklimat pepeiksaan
  11. Menyelia perjalanan peperiksaan
  12. Mengurus penyimpanan dan pelupusan bahan peperiksaan
  13. Mengurus inventori bahan / barangan stor dan bilik kebal
  14. Menyemak markah-markah dalam BKKP
  15. Mengemukakan kes-kes berkaitan peperiksaan kepada LPPG
  16. Mengurus dan menyedia BIKP, transkrip, sijil, diploma dan ijazah
  17. Menyediakan analisis untuk Mesyuarat JKPPIPG
  18. Mengumumkan keputusan rasmi peperiksaan
  19. Mengurus peperiksaan MUET Bahasa Inggeris
  20. Mengurus latihan dalaman untuk staf Institut berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian
  21. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru
  22. Membantu perlaksanaan tugas semua Sub-Unit peperiksaan
  23. Menganggotai Jawatankuasa Persijilan Konvokesyen
  24. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru

 

Ketua Sub Unit Pengurusan dan Pentadbiran Peperiksaan DG48(M)

 

  1. Pelapis Pemegang PT 15 untuk pengauditan
  2. Menyediakan jadual pengawasan peperiksaan
  3. Mengurus surat lantikan pengawas peperiksaan
  4. Mengurus Senarai Nama dan Jadual Markah dan Kehadiran (JMK) untuk setiap kertas peperiksaan
  5. Mengurus nombor meja dan persiapan dewan dan bilik peperiksaan
  6. Mengadakan taklimat peperiksaan untuk pengawas peperiksaan dan calon peperiksaan
  7. Mengendalikan peperiksaan
  8. Mengurus dan merekod bahan peperiksaan
  9. Mengawal pergerakan Kertas Soalan peperiksaan
  10. Mengurus penyimpanan dan pelupusan bahan peperiksaan
  11. Mengurus inventori bahan/barangan stor dan bilik kebal
  12. Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Institut Pendidikan Guru
  13. Menganggotai Jawatankuasa Persijilan Konvokesyen
  14. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru

 

Ketua Sub-Unit Kerja Kursus DG52(M)

  1. Penyelaras Pentaksiran Kerja Kursus Institut
  2. Pemegang PT 14
  3. Mengurus segala perkara berkaitan taksiran kerja kursus termasuk penilaian KKBI, Praktikum dan Gerko
  4. Menyelaras Ujian Lisan dan Ujian Amali
  5. Menyimpan, merekod dan mengurus Sukatan Pelajaran, JPT(Jadual Penentuan Tugasan, PMM (Peraturan Memberi Markah) dan dokumen berkaitan Pentaksiran Kerja Kursus
  6. Merancang perlaksanaan semua jenis Taksiran Kerja Kursus Berasaskan Ilmu KKBI (Amali, Lisan, Bina Insan Guru, GERKO, Menyelaras dan memantau perlaksanaan semua jenis Taksiran Kerja Kursus Peringkat Jabatan / Institut
  7. Menyedia dan mengurus BKKP
  8. Menyedia dan melaporkan analisis keberkesanan pelaksanaan kerja kursus
  9. Menyimpan dan merekod markah dan keputusan semua jenis taksiran kerja kursus ke dalam BKKP
  10. Menguruskan perlantikan penyelaras dan pemeriksa / moderator kerja kursus setiap mata pelajaran
  11. Bertanggung jawab kepada kawalan mutu dan kawalan keselamatan taksiran dan kerja kursus peringkat Institut
  12. Bertanggungjawab untuk memilih, menyimpan dan merekodkan sampel kerja kursus untuk tujuan moderasi
  13. Menyelaras pelaksanaan moderasi taksiran kerja kursus:
    1. Peringkat Jabatan
    2. Peringkat Institut
    3. Peringkat Zon
    4. Peringkat Pusat
  14. Menyediakan analisis keputusan taksiran kerja kursus dari BKKP untuk dibawa ke mesyuarat JKPPIPG bagi menentukan kelayakan calon
  15. menduduki peperiksaan
  16. Menganggotai Jawatankuasa Persijilan Konvokesyen
  17. Mencatat minit mesyuarat JKPPIPG
  18. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru

Ketua Sub Unit Penggubalan Soalan DG48(M)

  1. Urusetia BPG di peringkat institut berkenaan penggubalan soalan, penggubalan Jadual Penentuan Ujian, Jadual
  2. Spesifikasi Ujian dan Jadual Penentu Tugasan
  3. Penyelaras Penggubalan Soalan peringkat Institut
  4. Pemegang PT 13 untuk pengauditan
  5. Mengurus dan merekod bahan berkaitan penggubalan seperti Jadual Penentu Ujian (JPU) dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan Sukatan Pelajaran
  6. Setiausaha Panel Penyemakan Draf Soalan Peringkat Institut
  7. Mengendali dan mengurus draf soalan peringkat Institut
  8. Mengendali dan mengurus draf soalan ke BPG
  9. Merekod senarai nama Pensyarah Mata pelajaran
  10. Menyediakan jadual dan pelan tindakan Penggubalan Soalan peringkat Institut
  11. Ahli Panel Penyemakan Draf Soalan Peringkat Institut
  12. Mengurus mesyuarat pemurnian Kertas Soalan peringkat Institut
  13. Menganggotai Jawatankuasa Pensijilan Konvokesyen
  14. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG dan Bahagian Pendidikan Guru

Ketua Sub Unit Pemeriksaan Skrip DG44(M)

  1. Penyelaras Proses Moderasi Skrip peringkat Institut
  2. Pemegang PT 16 untuk pengauditan
  3. Menyediakan jadual dan pelan tindakan moderasi skrip peringkat Institut
  4. Mengurus dan merekod bahan berkaitan moderasi seperti soalan, PMM dan skrip jawapan setiap matapelajaran peperiksaan Mengurus moderasi pemeriksaan skrip peperiksaan
  5. Mengurus skrip calon, skrip sampelan dan dokumen yang diperlukan untuk moderasi skrip peperiksaan
  6. Mengurus dan merekod keluar masuk bahan-bahan sulit peperiksaan untuk kegunaan moderasi peringkat
  7. Institut dan BPG 8.6.8 Mencatat minit mesyuarat JKPPIPG
  8. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG dan Bahagian Pendidikan Guru

 

Ketua Sub-Unit Analisis Item Keputusan Peperiksaan dan Bank Item DG48(M)

  1. Penyelaras Analisis Item Peringkat Institut
  2. Menyelaras dan mengurus bank institut
  3. Menguruskan data keputusan peperiksaan (BIKP dan pangkalan data)
  4. Merancang dan mengurus analisis item peringkat Institut
  5. Mengumpul fail data / disket analisis item peringkat institut
  6. Mengurus pengambilan dan serahan skrip jawapan calon untuk analisi item selepas setiap peperiksaan
  7. Mengumpul fail data/disket analisis item peringkat Institut
  8. Menyediakan analisis keputusan peperiksaan setiap semester
  9. Merancang dan memantau penggubalan soalan untuk praujian
  10. Menyelaras analisis data ujian percubaan untuk dimasukkan ke dalam bank item
  11. Menyelaras praujian (ujian percubaan)/projek bank item peringkat Institut
  12. Menyelaras projek kecemerlangan akademik peringkat Institut
  13. Penyelaras Penyelidikan untuk Unit Peperiksaan dan Penilaian
  14. Menganggotai Jawatankuasa Pensijilan Konvokesyen
  15. Mencatat Minit Mesyuarat JKPPIPG  
  16. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru
Staf Sokongan

1. Pegawai Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian DG41 (I)

  • Sub-Unit Taksiran dan Kerja Kursus
  1. Membantu menyelaras Ujian Lisan dan Ujian Amali
  2. Membantu menyimpan, merekod dan mengurus Sukatan Pelajaran, JPT(Jadual Penentuan Tugasan, PMM (Peraturan Memberi Markah) dan dokumen berkaitan Pentaksiran Kerja Kursus
  3. Membantu merancang pelaksanaan semua jenis Taksiran Kerja Kursus Berasaskan Ilmu KKBI (Amali, Lisan, Bina Insan Guru, GERKO, Praktikum, dan Projek Khas) Peringkat Jabatan / Institut
  4. Membantu menyelaras dan memantau perlaksanaan semua jenis Taksiran Kerja Kursus Peringkat Jabatan
  5. Membantu mengurus segala perkara berkaitan taksiran kerja kursus termasuk penilaian KKBI, Praktikum dan GERKO
  6. / Institut
  7. Membantu mengurus BKKP
  8. Membantu menyedia analisis keberkesanan pelaksanaan kerja kursus
  9. Membantu menyimpan dan merekod markah dan keputusan semua jenis taksiran kerja kursus ke dalam BKKP
  10. Membantu menguruskan perlantikan penyelaras dan pemeriksa / moderator kerja kursus setiap mata pelajaran
  11. Membantu dalam kawalan mutu dan kawalan keselamatan taksiran dan kerja kursus peringkat Institut
  12. Membantu memilih, menyimpan dan merekodkan sampel kerja kursus untuk tujuan moderasi
  13. Membantu menyelaras pelaksanaan moderasi taksiran kerja kursus:
    1. Peringkat Jabatan 
    2. Peringkat Institut 
    3. Peringkat Zon 
    4. Peringkat Pusat
  14. Membantu menyediakan analisis keputusan taksiran kerja kursus dari BKKP untuk dibawa ke mesyuarat JKPPIPG bagi menentukan kelayakan calon menduduki peperiksaan
  • Sub-Unit Penggubalan Soalan
  1. Membantu Urusetia BPG di peringkat institut berkenaan penggubalan soalan, penggubalan Jadual Penentuan Ujian, Jadual Spesifikasi Ujian dan Jadual Penentu Tugasan
  2. Membantu Penyelaras Penggubalan Soalan peringkat Institut
  3. Membantu mengurus dan merekod bahan berkaitan penggubalan seperti Jadual Penentu Ujian (JPU) dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan Sukatan Pelajaran
  4. Membantu mengendali dan mengurus draf soalan peringkat Institut
  5. Mengendali dan mengurus draf soalan ke BPG
  6. Membantu merekod senarai nama Pensyarah Mata pelajaran
  7. Membantu menyediakan jadual dan pelan tindakan Penggubalan Soalan peringkat Institut
  8. Membantu mengurus mesyuarat pemurnian Kertas Soalan peringkat Institut
  9. Tugas-tugas lain yang diarah oleh KUPP, Penolong KUPP, Ketua Sub-Unit Taksiran & Kerja Kursus dan Ketua Sub-Unit Penggubalan Soalan

2. Pegawai Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian DG41 (II)

 

  • Sub-Unit Moderasi Skrip
  1. Membantu menyediakan jadual dan pelan tindakan moderasi skrip peringkat Institut
  2. Membantu mengurus dan merekod bahan berkaitan moderasi seperti soalan, PMM dan skrip jawapan setiap mata pelajaran peperiksaan
  3. Membantu mengurus moderasi pemeriksaan skrip peperiksaan
  4. Membantu mengurus skrip calon, skrip sampelan dan dokumen yang diperlukan untuk moderasi skrip peperiksaan
  5. Membantu mengurus dan merekod keluar masuk bahan-bahan sulit peperiksaan untuk kegunaan moderasi peringkat Institut dan BPG
  6. Membantu menyediakan minit mesyuarat JKPPIPG
  • Sub-Unit Analisis Item Keputusan Peperiksaan dan Bank Item
  1. Membantu menyelaras Analisis Item peringkat institut
  2. Membantu menyelaras dan mengurus Bank Item Institut
  3. Membantu menguruskan data keputusan peperiksaan (BIKP dan pangkalan data)V 8.8.2.2.4
  4. Membantu mengurus analisis item peringkat Institut
  5. Membantu mengumpul fail data / disket analisis item peringkat institut
  6. Membantu mengurus pengambilan dan serahan skrip jawapan calon untuk analisi item selepas setiap peperiksaan
  7. Membantu mengumpul fail data/disket analisis item peringkat Institut
  8. Membantu menyediakan analisis keputusan peperiksaan setiap semester
  9. Membantu memantau penggubalan soalan untuk praujian
  10. Membantu menyelaras analisis data ujian percubaan untuk dimasukkan ke dalam bank item
  11. Membantu menyelaras praujian (ujian percubaan)/projek bank item peringkat Institut
  12. Membantu menyelaras projek kecemerlangan akademik peringkat Institut
  13. Membantu menyelaras Penyelidikan untuk Unit Peperiksaan dan Penilaian
  14. Membantu menyediakan Minit Mesyuarat JKPPIPG
  15. Tugas-tugas lain yang diarah oleh KUPP, Penolong KUPP, Ketua Sub-Unit Moderasi Skrip dan Ketua Sub-Unit Analisis Item Keputusan Peperiksaan & Bank Item

 

3. Pembantu Pegawai Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian DGA34

Membantu Pegawai Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian DG41 (I)

 

4. Pembantu Pegawai Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian DGA32
Membantu Pegawai Pengurusan Peperiksaan dan Penialaian DG41(II)

5. Pembantu Tadbir (N17) (Perkeranian dan Operasi)

  1. Mengawal pergerakan surat-menyurat dan rekod sistem fail Unit Peperiksaan
  2. Mengawal rekod simpanan data Unit Peperiksaan
  3. Membantu pengendalian urusan peperiksaan dan penilaian di Institut
  4. Membantu menyemak inden peperiksaan dan data calon-calon yang akan menduduki peperiksaan kendalian Institut
  5. Membantu penyediaan Jadual Pengawasan Peperiksaan
  6. Menyediakan keperluan mesyuarat yang diuruskan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian
  7. Membantu mengurus perlaksanaan taksiran kerja kursus
  8. Membantu mengurus perlaksanaan penggubalan soalan
  9. Membantu mengurus perlaksanaan moderasi penilaian taksiran dan kerja kursus
  10. Membantu mengurus perlaksanaan peperiksaan bertulis
  11. Membantu mengurus perlaksanaan moderasi pemeriksaan skrip
  12. Membantu mengurus perlaksanaan analisis keputusan dan item ujian
  13. Membantu mengurus transkrip dan sijil/diploma/ijazah
  14. Membantu kerja-kerja pemusnahan bahan-bahan peperiksaan
  15. Menganggotai Jawatankuasa Pensijilan Konvokesyen
  16. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Sub-Unit, Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru

 

6. Pembantu Tadbir Rendah (N11) (Jurutaip)

  1. Menaip, mendokumentasi dan mengemaskini surat-menyurat
  2. Menyedia, mendokumentasi dan mengemaskini fail
  3. Menaip surat lantikan pengawas dan pemeriksa sesuatu peperiksaan
  4. Menyedia rekod edaran dan mengedar Borang Kerja Kursus dan Peperiksaan (BKKP)
  5. Mencetak Borang Induk Keputusan Peperiksaan (BIKP)
  6. Menyedia slip meja dan nombor meja
  7. Menyedia Borang Laporan Penyeliaan Peperiksaan/Pengawasan
  8. Mengedar Borang Kerja Kursus dan Peperiksaan(BKKP)
  9. Mencetak Borang Induk Keputusan Peperiksaan(BIKP)
  10. Mencetak transkrip dan sijil/diploma/ijazah
  11. Menaip minit mesyuarat pengurusan Unit Peperiksaan
  12. Menaip Laporan JKPPIPG
  13. Membantu penyediaan Jadual Peperiksaan dan Jadual Pengawasan
  14. Membuat pesanan barang keperluan unit daripada stor pusat IPISTugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Sub-Unit, Ketua Unit, Pengarah IPG atau Bahagian Pendidikan Guru

 

7. Pembantu Am Pejabat (N1)

  1. Membantu mengurus, merekod dan mengedar surat-surat dan dokumen-dokumen peperiksaan kepada Ketua–Ketua Jabatan/Unit dan pensyarah-pensyarah
  2. Membantu menguruskan percetakan soalan-soalan binaan Institut dan PMM serta membantu menguruskan pengiriman kertas-kertas soalan dan PMM tersebut ke Bahagian Pendidikan Guru
  3. Mencetak borang-borang berkaitan penilaian dan peperiksaan.
  4. Menampal notis, jadual waktu peperiksaan dan pelan tempat duduk di papan kenyataan, dewan dan bilik-bilik peperiksaan.
  5. Menampalkan slip/no meja di dewan dan bilik-bilik peperiksaan yang terlibat
  6. Menguruskan rekod penerimaan, pengiriman sijil, transkrip dan mengedarkan surat/ dokumen kepada pelajar
  7. Bertugas di kaunter Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut
  8. Menjaga keceriaan dan kebersihan pejabat Unit Peperiksaan dan Penilaian Institut
  9. Mengendalikan mesin rizo, mesin fotostat dan mesin perincih
  10. Mengambil barang-barang keperluan unit daripada setor dan mengemaskinikan buku stok
  11. Memusnahkan dokumen peperiksaan / bahan sulit yang diarahkan oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian
  12. Tugas-tugas lain yang diarah oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilain / Ketua Unit dari semasa ke semasa

 

Penutup
Jawatan Ketua Unit Peperiksaan merupakan jawatan hakiki yang dilantik oleh Pengarah Pendidikan Guru. Ia merupakan jawatan yang mengurus aspek peperiksaan dan penilaian di Institut. Jawatan ini berfungsi menggerakkan aktiviti akademik bermula dari menggubal soalan sehingga mengeluarkan sijil.

Struktur organisasi peperiksaan dan penilaian yang mantap amat perlu dalam menghadapi era perubahan di Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru. Penekanan kepada kursus praperkhidmatan dan kursus dalam perkhidmatan menyebabkan ianya amat perlu bersedia dengan kakitangan yang komited sepenuh masa bernaung di bawah Unit Peperiksaan dan Penilaian.

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2009

Bil    
Tarikh Mula Tarikh Akhir  Peperiksaan
Catatan
 1 5 Jan    Analisa Item peperiksaan November 2008   
 2 20 Jan  22 Jan  Peperiksaan Ulangan : PISMP Sem. 2, PISMP Sem. 4 dan PPSIMP_Sem.3    
 3 Feb    Edaran Tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)   
 4 16 Feb  18 Feb  Mesyuarat Pemantapan Taksiran Pembinaan JPT, Tugasan KKBI dan PMM  Hotel Empress Sepang 
 5 25 Feb   26 Feb   Mesyuarat Pemurnian Penggubalan Kertas Soalan peringkat IPG - FASA 1   
 6 10 Mac  12 Mac  Peperiksaan Pkt II : KDPM KDC Guru SABK (SM)  Amb. Nov 2007 
 7 *30 Apr  30 Apr  Peperiksaan Akhir Kursus KDP 14 – M Guru Bimbingan Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah (GBSM/GBSR)  Tertakluk kepada tarikh pendaftaran peserta  
 8 April    Edaran BKKP ke Jabatan  Interaksi Minggu ke 11 
 9 April    Serahan BKKP ke Unit Peperiksaan  4 minggu sebelum peperiksaan 
 10 21 April  22 April   Mesyuarat Pemurnian Penggubalan Kertas Soalan peringkat IPG - FASA 2   
 11 25 Mei  28 Mei  Peperiksaan Semester 2 (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran -PPISMP)  Amb. Julai 2008 
 12 25 Mei  28 Mei  Peperiksaan Semester 1 (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan - PISMP)  Amb. Januari 2009 
 13 25 Mei  28 Mei  Peperiksaan Semester 3 (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan - PISMP)  Amb. Januari 2008 
 14 25 Mei  28 Mei  Peperiksaan Semester 5 (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan – PISMP)  Amb. Januari 2007 
 15 25 Mei  28 Mei  Peperiksaan Semester 7 (Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan OUM – PISMK-OUM)  Amb. Januari 2006 
 16 25 Mei  28 Mei  Peperiksaan Semester 6 - KDPM (Tenaga Pengajar KEMAS)  Amb. Julai 2008 
 17 25 Mei  28 Mei  Peperiksaan Akhir KPLI _ SR   Amb. Julai 2007 
 18 30 Mei  30 Mei  Peperiksaan M-TeST (peringkat KPM)  Ambilan KPLI 2010 
 19 Mei   Jun  Moderasi Skrip Jawapan Peperiksaan Mei 2009   
 20 8 Jun  11 Jun  Peperiksaan KDC Pkt. IV : KDPM (PLPS) JAJ  Amb Mei 2006  
 21 8 Jun  11 Jun  Peperiksaan KDC Pkt. III : KDPM (Mode LPBS) SAR  Amb Dis 2005 
 22 8 Jun  11 Jun  Peperiksaan Akhir KPLI j-QAF (Mode LPBS)  Amb. Januari 2008 
 23 23 Jun   24 Jun   Mesyuarat Pemurnian Penggubalan Kertas soalan peringkat IPG - FASA 3   
 24 Jun  Julai  Moderasi Skrip Jawapan Peperiksaan Jun 2008   
 25 13 Julai  16 Julai  Peperiksaan Ulangan : Mode Sepenuh Masa   
 26 *16 Jula  16 Julai  Peperikssaan KDP-6M “Tambah Opsyen” Matematik (SR)  Tertakluk kepada tarikh pendaftaran peserta 
 27 Julai    Edaran Tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)   
 28 20 Ogos  21 Ogos  Peperiksaan KDC KPLI-SR (Mode LPBS) Pend. Khas/Prasekolah  Amb. Mac 2007 
 29 24 Ogos  26 Ogos  Peperiksaan Ulangan : Mode Kursus Dalam Cuti (KDC)   
 30 24 Ogos  26 Ogos  Peperiksaan KDP 14-M ( Guru Bimbingan Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah - GBSM/GBSR)  Tertakluk kepada tarikh pendaftaran peserta kursus 
 31 22 Sept   23 Sept   Mesyuarat Pemurnian Penggubalan Kertas soalan peringkat IPG - FASA 4   
 32 15 Okt  15 Oct  Peperiksaan Akhir KDP 6-M Conversion Bahasa Inggeris Sekolah Rendah  Tertakluk kepada tarikh pendaftaran peserta kursus 
 33 2 Nov  12 Nov  Peperiksaan Akhir KPLI (SR)   Amb. Januari 2009 
 34 2 Nov  12 Nov  Peperiksaan Semester 3 (Program Persediaan Ijazah Sajana Muda Pengajaran -PPSIMP)  Amb. Julai 2008 
 35 2 Nov  12 Nov  Peperiksaan Semester 2 (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan – PISMP)  Amb. Januari 2009 
 36 2 Nov  12 Nov  Peperiksaan Semester 4 (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan – PISMP)  Amb. Januari 2008 
 37 2 Nov  12 Nov  Peperiksaan Semester 6 (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan – PISMP)  Amb. Januari 2007 
 38 2 Nov  12 Nov  Peperiksaan Semester 8 (Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan OUM – PISMK-OUM  Amb. Januari 2006 
 39 21 Dis  24 Dis  Peperiksaan KDC Akhir : KDPM PLPS JAJ  Amb. Mei 2006 
 40 21 Dis  24 Dis  Peperiksaan KDC Pkt. III : KDPM SABK (SM)  Amb. Nov 2007 
 41 21 Dis  24 Dis  Peperiksaan KDC Pkt. II : KDPM PRA KEMAS/PERPADUAN  Amb. Mei 2008 
         

Perhatian

* Tertakluk kepada pendaftaran pelatih/peserta kursus ke institut perguruan