Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

LATAR  BELAKANG

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG Kampus Pendidikan Islam berfungsi sebagai penggerak kepada latihan profesionalisme kepada semua pensyarah dan staf sokongan sepanjang tahun. Latihan berbentuk pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang profesional keguruan dan pengurusan telah dirancang untuk staf institut ini. Kursus-kursus yang dirancang adalah berdasarkan analisis keperluan latihan yang diperolehi melalui borang LAM-PUS-01 yang telah diedarkan kepada warga institut merujuk kepada kemahiran dan kebolehan.

Berdasarkan Analisis Kompetensi tersebut yang telah pun dilaporkan dalam mesyuarat PRA MKSP dan Mesyuarat Majlis Pengurusan didapati bahawa antara kursus yang diperlukan adalah kursus-kursus komputer seperti Power Point, Excel, Access, Adobe Photoshop, Multimedia, Microsoft Words; serta kursus-kursus lain seperti Bimbingan dan Kaunseling, Penulisan dalam Bahasa Inggeris, Pembinaan Item dan Penyelidikan.

Unit ini juga mengendalikan kursus-kursus pendek seperti Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), Projek Khas Pensiangan Salinantan (PKPS), Kelas Interversi Awal Membaca Menulis (KIA2M) dan Kurikulum Asli Penan (KAP).

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG Kampus Pendidikan Islam juga mengendalikan kursus-kursus dalam perkhidmatan kepada guru-guru seluruh Malaysia seperti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Perkhidmatan 14M (Profesionalisme), KDP 6M Tambah Opyen, KDP 4M Bestari, KDP 2M Prasekolah dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).

VISI 

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan IPG KPI menjadi pusat kecemerlangan pendidikan guru menjelang 2011.

MISI

Misi Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), IPG KPI:

  • Melahirkan guru yang berilmu
  • Melahirkan guru berketrampilan
  • Melahirkan guru berakhlak mulia 
  • Melahirkan guru berdaya saing 
  • Melahirkan guru berjiwa patriotik

 

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan yang mesra, selesa dan berkualiti kepada semua peserta.
  • Menjana perkongsian pintar dalam bidang pengetahuan, kemahiran serta kepakaran bersama-sama para pendidik.
  • Meningkatkan mutu profesionalisme kami dengan mengamalkan budaya berketrampilan.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 95% pegawai dan staf yang mengikuti program peningkatan profesionalisme dapat menggunakan input yang diterima dalam melaksanakan tugas mereka.

 

PIAGAM  PELANGGAN

Kami warga Unit LDP dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  • Memastikan peserta KDP memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang ditawarkan sebelum tamat kursus.   
  • Memastikan semua staf IPG KPI dapat mengikuti kursus dalaman sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
  • Memastikan tidak kurang daripada 70% guru-guru yang mengikuti Kursus Pendek Kelolaan Institut Perguruan (KPKIP)   dan Projek Khas Model Pensiangan-Salinatan (PKP-S) mendapat kepuasan daripada perkhidmatan yang diberikan.

 


 

Organisasi Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

IPG Kampus Pendidikan Islam

 

Pengerusi                            :           Tn. Hj. Anwar bin Ahmad AMN (Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam)

Timb. Pengerusi                 :         En. Afandi bin Husain (Ketua Unit LDP, IPG Kampus Pendidikan Islam)

Pen.Timb.Pengerusi          :         En. Ahmad Tarmizi bin Salleh (Pen. Ketua Unit LDP, IPG Kampus Pendidikan Islam)

Penyelaras KDP                  :         En. Saipo bin Ayub

Pegawai Pengurusan LDP:              En. Mohd.Rizal bin Mokhtar

Pen. Pegawai Pengurusan:              En. Baharuddin bin Abdullah
Staf Sokongan                     :              En. Mohd.Fardlie bin Ibrahim

Sila klik untuk Perancangan Kursus Latihan Pembangunan Staf (LPS) tahun 2012.