Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

LATAR BELAKANG

Jabatan Penyelidikan (sekarang Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan atau JPIPK) ditubuhkan pada bulan April 2003 untuk menyelaraskan serta mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pengembangan profesionalisme di Institut-Institut Perguruan. Struktur yang baru ini diharapkan akan dapat menggemblengkan kepakaran serta tenaga pensyarah-pensyarah untuk menghasilkan projek penyelidikan yang bermutu dengan lebih banyak.

Selain tugas pengurusan dan pentadbiran, ahli-ahli jabatan juga berperanan sebagai ahli pasukan penyelidikan, perunding penyelidikan, penulis dan penyunting artikel, ahli panel penyelarasan penyelidikan serta menganjurkan seminar dan bengkel-bengkel penyelidikan.

Pada peringkat permulaan, tiga orang pegawai telah ditugaskan di bawah jabatan ini secara sepenuh masa iaitu seorang Ketua Jabatan dan dua orang Ketua Unit. Mereka juga akan terus diberikan tugas mengajar tetapi mereka ini adalah di bawah penyeliaan dan tanggungjawab Jabatan Penyelidikan. Kini Jabatan Penyelidikan telah menambah dua orang Ketua Unit lagi dan jumlah pegawai bertambah menjadi lima orang.

Jabatan Penyelidikan juga dibantu dengan berkesan oleh Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan Jurnal dan Seminar IPG Kampus Pendidikan Islam dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan seminar. JPIPK pada masa akan datang menghadapi tugas dan tanggungjawab semakin mencabar, terutama dengan keperluan pelajar PISMP menjalankan kajian sebagai sebahagian syarat bagi pengijazahan mereka. Begitu juga dengan terbentuknya struktur baru IPGM nanti, JPIPK semakin mencabar dan peranan semakin bertambah dan penting terutama dalam usaha memartabatkan penyelidikan sebagai satu budaya kerja dalam kalangan pensyarah dan pelajar IPG.    

                      
OBJEKTIF

  • Merancang dan menyelaras semua aktiviti penyelidikan dan inovasi kampus.
  • Memberi khidmat kepakaran penyelidikan bagi mana-mana jabatan/unit yang memerlukan.
  • Mengumpul kajian dan menerbitkan dalam jurnal penyelidikan
  • Memupuk minat penyelidikan di kalangan pensyarah
  • Menjalankan kursus metodologi penyelidikan untuk membantu pensyarah menyediakan cadangan penyelidikan.
  • Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi 
  • Merancang, menganjur program / aktiviti pembangunan dan inovasi profesionalisme keguruan
  • Merancang dan menjalankan penyelidikan penilaian program Kampus Pendidikan Islam

 

 

 

 

FUNGSI

 

  • UNIT PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PENYELIDIKAN INOVASI

          •    Menyediakan takwim untuk aktiviti pembudayaan dan penyelidikan dan inovasi IPG
          •    Menyediakan perancangan tahunan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan profesionalisme IPG
          •    Menyediakan anggaran belanja mengurus untuk aktiviti jabatan
          •    Merancang, menyelaras dan memantau penyelidikan di IPG bagi pelaksanaan kajian pemantauan BPG
          •    Merancang prasarana untuk aktiviti penyelidikan yang diperlukan dan memantau aktiviti penyelidikan di IPG
          •    Menyediakan direktori kepakaran dalam bidang penyelidikan
          •    Merancang dan mengurus perisian dan bahan rujukan yang diperlukan dalam penyelidikan dan inovasi

  • UNIT  PENILAIAN  PROGRAM

          •    Merancang dan menjalankan penyelidikan penilaian program pendidikan guru di peringkat IPG
          •    Merancang dan melaksanakan latihan dan khidmat kepakaran membina instrumen untuk tujuan pemantauan dan      penilaian program IPG
          •    Melaksanakan penilaian ke atas program IPG untuk penambahbaikan program
          •    Menentukan program-program yang perlu dinilai mengikut keperluan kualiti latihan guru di IPG
          •    Melaksanakan penyelidikan dan inovasi latihan perguruan bersama BPG, IPTA dan agensi luar
          •    Membangunkan keupayaan kepakaran dalam pelaksanaan penilaian program latihan perguruan dalam kalangan pensyarah IPG
          •    Menyelaras maklum balas kepuasan pelanggan dan pemantauan kualiti produk MS ISO

  • UNIT  INOVASI DAN PENATARAN

          •    Merancang, menyelaras dan mengurus penggunaan hasil penyelidikan sebagai sumber inovasi dalam pengajaran  pembelajaran di IPG
          •    Merancang, melaksanakan aktiviti dan promosi untuk memperkenal dan menyebarkan dapatan serta inovasi penyelidikan di IPG
          •    Merancang, mengurus dan menyelaras penerbitan jurnal penyelidikan pendidikan guru di IPG
          •    Mengurus dan membangunkan e-penyelidikan pendidikan perguruan di BPG dan IPG
          •    Menyelaras laporan tahunan dan maklumat aktiviti jabatan
          •    Mendokumentasi hasil kajian dan inovasi untuk menjadi pusat rujukan pedagogi pendidikan guru

  • UNIT  PEMBANGUNAN  PROFESIONALISME  DAN KESARJANAAN

          •    Merancang dan melaksana program pembangunan profesionalisme dan kesarjanaan
          •    Merancang pelaksanaan seminar penyelidikan di peringkat IPG
          •    Menyelaras permohonan peserta bagi program Sabatikel 12 Minggu penyelidikan
          •    Merancang dan menganjur kursus peningkatan profesionalisme dalam penyelidikan pendidikan keguruan kepada pensyarah IPG 
          •    Memberi khidmat perundingan penyelidikan pendidikan bagi membangunkan kesarjanaan
          •    Merancang dan menyelaras anugerah penyelidikan dan inovasi bagi penyertaan di peringkat BPG dan antarabangsa