Jabatan Sains Sosial

LATAR  BELAKANG
   
Jabatan Sains Sosial adalah salah sebuah daripada 12 jabatan yang terdapat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.  Jabatan Sains Sosial bertanggungjawab mengendalikan (merancang, melaksana dan memantau) pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains Sosial untuk program pra perkhidmatan (KDPM, KPLI DAN PPISMP dan PISMP ) sepenuh masa dan KDC. Mata pelajaran–mata pelajaran yang terlibat ialah Kajian Tempatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Alam Sekitar, Pendidikan Negara Bangsa, Kajian Sosial, Pengajian Malaysia, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,  Penyuburan Diri Insan Guru dan Seni Dalam Pendidikan.  Jabatan ini mempunyai 18 orang tenaga pengajar termasuk seorang Ketua Jabatan (jawatan hakiki).


OBJEKTIF 

  • Memastikan pelajar menguasai aspek pengetahuan kemahiran dan nilai hasil daripada pengajaran dan pembelajaran Sains Sosial.
  • Memastikan pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor min 3.50 terhadap aktiviti pengajaran dan            pembelajaran Sains Sosial.  
  • Memastikan pengurusan jabatan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, efisyen dan sistematik.
  • Memastikan pensyarah mahir dalam bidang pedagogi dan ICT.
  • Memberi khidmat kepakaran kepada jabatan-jabatan lain di IPG Kampus Pendidikan Islam dan institusi luar.



PIAGAM  PELANGGAN

Kami ahli jabatan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha untuk:

  • Menyediakan guru yang berkemahiran mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan, Muzik, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Alam Sekitar dan Pendidikan Negara Bangsa, Kajian Sosial, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Penyuburan Insan Guru dan Seni Dalam Pendidikan.
  • Berusaha mengenal pasti potensi murid dan berusaha mengembangkannya melalui mata pelajaran Sains Sosial.
  • Berkebolehan mengenal pasti masalah pembelajaran muridnya dan berusaha mengatasinya
  • Mematuhi Etika Profesionalisme Keguruan
  • Mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Awam dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa
  • Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai  hari pertama setiap semester selaras dengan   perancangan yang telah disediakan.