LATAR BELAKANG
Jabatan Pengajian Melayu dipertanggungjawabkan mengajar subjek Bahasa Melayu Teras, Bahasa Melayu Akademik, Literasi Bahasa dan Bahasa Melayu Komunikasi kepada pelajar PPISMP, PPPR4T dan KPLI. Selain itu, Jabatan Pengajian Melayu juga menganjurkan pelbagai aktiviti kebahasaan pada peringkat institut dan kursus jangka pendek dengan kerjasama Unit Latihan Dalam Perkhidmatan. Jabatan ini mempunyai 14 orang tenaga pengajar termasuk Ketua Jabatan.
VISI
Jabatan Pengajian Melayu Menjadi Jabatan Cemerlang Berteraskan Bahasa Melayu Pada 2011.
MISI
Melahirkan guru Bahasa Melayu yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, berdaya saing dan patriotik.
OBJEKTIF
- Menjalankan sesi perkongsian ilmu
- Menghasilkan buletin institut dalam setahun.
- Menghasilkan Buku Panduan/Modul/Nota lengkap bagi mata pelajaran JPM
- Meningkatkan profesionalisme pensyarah bahasa Melayu
- Mempraktik pedagogical knowledge dan content knowledge, penyediaan dan penggunaan bahan P&P
- Melaksana pengurusan pengajaran dan pembelajaran secara bijaksana, optimum dan berkesan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami, tenaga pengajar Jabatan Pengajian Melayu dengan penuh iltizam dan kesungguhan berjanji untuk:
- Melahirkan pelajar yang berupaya menyampaikan pengajaran Bahasa Melayu secara berkesan
- Meningkat minat, potensi, kemahiran dan ketrampilan pelajar dalam semua aktiviti kebahasaan
- Memberi khidmat dan sumbangan berkaitan dengan ilmu kebahasaan kepada semua pihak yang memerlukan
- Memberi kerjasama demi mempertingkat kecemerlangan pengurusan IPG Kampus Pendidikan Islam.