LATAR BELAKANG
Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris (JPBI) bertanggungjawab mengendalikan Kursus Kefasihan Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris Akademik dan Pengajian Bahasa Inggeris bagi pelajar-pelajar latihan perguruan pra perkhidmatan. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Rendah) dan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (Kursus Dalam Cuti).
Selain itu, JPBI turut membantu dalam menjayakan program Kursus Dalam Perkhidmatan seperti Kursus 6 Minggu Tambah Option, Kursus 14 Minggu Open University Malaysia, serta Kursus Dalam Cuti/Program Latihan Perguruan Swasta untuk guru-guru sekolah.
JPBI tidak ketinggalan juga memberi khidmat menjalankan kursus-kursus pendek untuk guru sekolah rendah, guru penolong kanan dan guru besar melalui program Kursus Pendek Kelolaan IPG dan Projek Khas Pensiangan Salinatan. Di samping itu, JPBI juga mengendalikan kursus latihan pembangunan staf bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan staf akademik.
OBJEKTIF
- Meningkatkatkan kompetensi berbahasa para pelajar.
- Melahirkan guru yang mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan berkesan.
- Mempertingkatkan kualiti latihan keguruan para pensyarah.
- Mempertingkatkan ketrampilan dan daya saing di kalangan pensyarah Jabatan Bahasa Inggeris.
- Mempertingkatkan ilmu pedagogi dan profesionalisme di kalangan pelajar dan peserta kursus dalam perkhidmatan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami, para pensyarah Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris, dengan penuh ikhlas dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
- Memastikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sentiasa akur dengan kurikulum yang diluluskan oleh BPG.
- Memastikan maklumat dan strategi terkini dalam proses P&P dilaksanakan kepada pelanggan.
- Memastikan semua penilaian dijalankan mengikut kriteria yang digariskan dan disempurnakan dalam jangka masa yang ditetapkan
- Memastikan tugas pensyarah, guru, mentor dan kaunselor dilaksanakan dengan berkesan dan menepati masa.
- Mematuhi Etika Profesionalisme Keguruan, Pekeliling Perkhidmatan Awam dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
- Memberikan perkhidmatan telus, adil, cepat dan mesra kepada semua pelanggan pada setiap masa.