Jabatan Bahasa Arab

LATAR  BELAKANG

Jabatan Bahasa Arab (JBA) bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran Bahasa Arab yang terdiri daripada Tatabahasa Arab, Ritorika Bahasa Arab, Kesusasteraan  Arab, Fonologi Arab, Morfology Arab, 4 Kemahiran Berbahasa Arab, Pengenalan Kurikulum Bahasa Arab (SR), pengurusan sumber dan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan komputer, Methodologi Bahasa Arab dan mata pelajaran Tamadun Islam bagi pelajar-pelajar latihan perguruan praperkhidmatan seluruh IPG.

Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dan KPLI-j-QAF (LPBS).

Selain itu, jabatan ini juga terlibat dalam Program Latihan Perguruan Swasta (PLPS), latihan perguruan tajaan Jabatan Agama Johor (JAJ) dan Sekolah Agama Bantuan kerajaan (SABK) tajaan kerajaan negeri yang lain.

Terdapat dua struktur asas yang melibatkan seluruh pensyarah jabatan ini iaitu bahagian penyelaras akademik dan tugas-tugas khas.

1.   Akademik

  • Pedagogi Bahasa Arab
  • Subjek Bahasa Arab  
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara
  • Khat /Jawi

2.   Tugas-tugas Khas

  • Peperiksaan/Moderasi 
  • Kerja Kursus
  • Jadual Waktu
  • Penyelidikan Pendidikan 
  • Budaya Ilmu
  • Nadi Bahasa Arab
  • Stok Jabatan
  • Bank Soalan
  • Praktikum
  • Dokumen ISO / Dokumentasi KPI
  • Ujian Amali
  • Laman Web
  • Penyelaras PT 09
  • Penyelaras PT 06
  • Penyelaras Aset Jabatan
  • Pesatuan Tamadun Islam/Khat/Jawi


OBJEKTIF

  • Mendidik guru-guru pelatih dengan pengetahuan Bahasa Arab dan kaedah pengajaran yang digunakan seperti dalam    sukatan.
  • Memberi bimbingan kepada guru-guru pelatih KPLI, PPISMP, PISMP, KPLI  dan j-QAF supaya berkemampuan membuat rujukan mengenai mata pelajaran pengkhususan dan teks asas al-Quran dan al-Hadis.
  • Memberi latihan yang sewajarnya mengenai teknik dan kaedah pengajaran bahasa Arab yang dapat diaplikasikan di dalam bilik darjah.           
  • Melatih guru-guru yang berkebolehan menjalankan ko-kurikulum sekolah menengah dan rendah dalam aktiviti BA.
  • Memberi kursus dan bimbingan dalam bidang perkaedahan, kemahiran asas bahasa Arab kepada guru-guru Bahasa Arab di sekolah menengah dan sekolah rendah.



PIAGAM PELANGGAN

Kami pensyarah Jabatan Bahasa Arab Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam dengan ikhlas dan iltizam berikrar akan menggembleng seluruh tenaga dan fikiran untuk :

  • Melatih dan membimbing bakal pendidik Bahasa Arab dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran terkini agar menjadi guru terlatih yang berkesan dan berakhlak mulia.       
  • Memastikan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam Bahasa Arab meningkat sebelum tamat pengajian.
  • Bersedia menyumbang khidmat pengetahuan, memberi kursus dan kepakaran dalam bidang bahasa Arab kepada  semua pelanggan.
  • Bersedia berkongsi maklumat dan pengetahuan serta kemahiran pedagogi Bahasa Arab dengan semua pihak yang memerlukan.
  • Bersedia memberi kursus / bengkel peningkatan bahasa Arab kepada pensyarah, guru-guru sekolah dan staf sokongan dalam program kemajuan staf yang dirancang.