Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah

LATAR  BELAKANG

Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah (JPQS) bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkaitan Al-Quran dan As-Sunnah bagi pelajar-pelajar latihan perguruan praperkhidmatan pengajian  Islam, Bahasa Arab  dan pengkhususan pengajian Al-Quran.  Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Program Ijazah sarjana Muda (PISMP) dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI). Selain itu, JPQS juga menyediakan
Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 minggu dan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK / satu tahun)  Qiraat dan Tarannum.
Terlibat juga sebagai tenaga pengajar bagi kursus perguruan Mod KDC (PLPS/LPBS/j-QAF/JAJ/SABK/JAWI/KDPM/PGSR) 
mengikut keperluan Bahagian Pendidikan Guru.

UNIT-UNIT DALAM JABATAN

       •    Unit Perkaedahan
            Merangkumi mata pelajaran Kaedah Pendidikan Al-Quran, Tahsin Al-Quran, Penyedian Sumber Quran dan
            Tarannum  dan Pakej  Bestari  Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran.

       •    Unit Qiraat
            Merangkumi matapelajaran Tajwid, Tahsin al-Quran dan Qiraat.
 
       •    Unit Mustalah &  Hadith
            Merangkumi matapelajaran Ulum Hadith dan Hadith.

       •    Unit Ulum Quran & Tafsir
            Merangkumi matapelajaran ulum al-Quran dan tafsiran daripada petikan ayat / surah.

       •    Unit Tajwid & Hafazan
            Merangkumi mata pelajaran tilawah mengikut Qiraat Mutawatirah & hafazan surah yang ditentukan.

       •    Unit Taranum
            Merangkumi mata pelajaran seni lagu al-Quran dan tahsin as-sout

 

OBJEKTIF

Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah berusaha supaya dapat:

       •    Memindahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar melalui kuliah yang terancang, lengkap serta berkesan.

       •    Membimbing pelajar dengan secukupnya dalam melaksanakan kerja-kerja kursus serta kaedah-kaedah pengajaran
            dan pembelajaran yang berkesan bagi melahirkan para muaddib, murabbi yang berilmu, berakhlak mulia,
            berketrampilan serta berbudaya cemerlang.

       •    Memastikan taraf pencapaian kefahaman pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan yang diberikan dalam
            keadaan terbaik sebagai persiapan untuk menjadi pendidik, murabbi serta da’e yang terus berjaya.

       •    Meningkatkan taraf keilmuan serta mertabat diri ahli jabatan dalam menghadapi cabaran semasa alam pendidikan.

       •    Mewujudkan suasana kerjasama yang mesra serta bertanggungjawab dalam usaha pelaksanaan tugas jabatan
            sebagai satu pasukan yang padu dan konsisten untuk mencapai kecemerlangan Institut dan Piagam Pelanggan.   

 

PIAGAM  PELANGGAN

Dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab, kami berjanji akan;

       •    Memastikan pelajar pengkhususan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab mampu membaca Al-Quran dengan betul               dan fasih sebelum mereka ditempatkan ke sekolah-sekolah.

       •    Memastikan pelajar berkemampuan melaksanakan amali bacaan Quran.

       •    Membudayakan warga kampus dengan cara hidup yang berteraskan kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.

       •    Mewujudkan rangkaian kerjasama yang padu antara pensyarah Jabatan dengan semua warga kampus.

       •    Memberi layanan yang mesra dan ikhlas kepada semua pelanggan.

       •    Memberi khidmat kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan Al-Quran dan As-Sunnah