LATAR BELAKANG
Jabatan Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah (JPQS) bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkaitan Al-Quran dan Ulum Hadith bagi pelajar-pelajar latihan perguruan praperkhidmatan pengajian Islam, Bahasa Arab dan pengkhususan pengajian Al-Quran. Pelajar-pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Program Ijazah sarjana Muda ( PISMP ) dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI). Selain daripada itu JPQS juga menyediakan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 minggu dan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Qiraat dan Tarannum mengikut keperluan Bahagian Pendidikan Guru.
UNIT-UNIT DALAM JABATAN
-Unit Perkaedahan
Unit ini merangkumi mata pelajaran Kaedah Pendidikan Al-Quran, Tahsin Al-Quran, Penyedian Sumber Quran dan Tarannum dan Pakej Bestari Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran.
-Unit Qiraat
Unit ini merangkumi matapelajaran Tajwid, Tahsin al-Quran, dan Qiraat.
-Unit Mustalah & Hadith
Merangkumi matapelajaran Ulum Hadith dan Hadith.
-Unit Ulum Quran & Tafsir
Merangkumi matapelajaran ulum al-Quran dan tafsiran daripada petikan ayat / surah.
-Unit Tajwid & Hafazan
Merangkumi matapelajaran tilawah mengikut Qiraat Mutawatirah & hafazan surah yang ditentukan.
-Unit Taranum
Merangkumi matapelajaran seni lagu al-Quran dan tahsin al-sout.
VISI
Menjadi jabatan contoh berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah menjelang 2010.
MISI
Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah berazam untuk membentuk dan melahirkan para pendidik yang sentiasa beriltizam dengan tilawah Al-Quran, berakhlak mulia, berketrampilan serta berbudaya kerja cemerlang sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah sentiasa berusaha menjadi model dalam merealisasikan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah serta cemerlang dalam memberi khidmat nasihat mengenai pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada semua guru pelatih, peserta kursus dan masyarakat amnya.
OBJEKTIF
Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah berusaha supaya dapat:
-memindahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar melalui kuliah yang terancang, lengkap serta berkesan.
-membimbing pelajar dengan secukupnya dalam melaksanakan kerja-kerja kursus serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi melahirkan para muaddib, murabbi yang berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan serta berbudaya cemerlang.
-mempastikan taraf pencapaian kefahaman pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan yang diberikan dalam keadaan terbaik sebagai persiapan untuk menjadi pendidik, murabbi serta da’e yang berjaya.
-meningkatkan taraf keilmuan serta mertabat diri ahli jabatan dalam menghadapi cabaran pendidikan.
-mewujudkan suasana kerjasama yang mesra serta bertanggungjawab dalam usaha pelaksanaan tugas jabatan sebagai satu pasukan yang padu serta konsisten dalam usaha mencapai kecermerlangan maktab dan Piagam Pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN
Dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab, kami berjanji akan;
-memastikan pengkhususan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab mampu membaca Al-Quran dengan betul dan fasih sebelum mereka ditempatkan ke sekolah-sekolah.
-memastikan pelajar berkemampuan melaksanakan amali bacaan Quran.
-membudayakan warga Institut Perguruan Islam dengan cara hidup yang berteraskan kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah
-mewujudkan rangkaian kerjasama yang padu di antara pensyarah Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah dengan semua warga Institut Perguruan Islam
-memberi layanan yang mesra dan ikhlas kepada semua pelanggan.
-memberi khidmat kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
CARTA ORGANISASI AKADEMIK JABATAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN JABATAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
SENARAI NAMA PENSYARAH
| Bil |
Nama Pensyarah |
Kelulusan |
Jawatankuasa Disandang 2009 | Pengalaman dan Kepakaran (di Institut Perguruan) |
|
| Peringkat Jabatan | Peringkat Institut / BPG dan Agensi Lain |
||||
| 1 |
Abd.Ra’ani bin Ahmad | M.Sc. ( UiTM ) BA Al Azhar Sijil Perguruan Lepasan Ijazah |
Ketua Jabatan | • Warden Blok A • AJK Praktikum • JK KDP KSPK Pengajian al-Quran • Imam ke III masjid As Syafie • JK Maklum balas pelanggan MKIP • AJK Majlis Bersama Jabatan • AJK MPPP • AJK Pembangunan & Teknikal • AJK Kewangan, Akaun & Aset • AJK JKPPIPG • AJK Majlis Konvokesyen • AJK JKPKP • AJK Pelan Induk Pembanguan Pendidikan |
• Tajwid • Qiraat • Rancangan dan Kaedah Quran • Tamadun Islam • Tafsir /Hadith |
| 2 |
Kelsom bte Abdullah |
B.A (UKM ) dan Diploma Perguruan UKM |
• Ketua Ulum & Tafsir • Penyelaras KDP 14 Minggu Quran • Penyelaras Program Kebajikan |
• AJK Badan Kebajikan & Sosial
• Penyelaras KKBI
• AJK Masjid
• AJK Pengkalan Data |
• Jawi
• Rancangan dan Kaedah Quran
• KKBI
• Hafazan |
| 3 |
Ahmad Kamarudin bin Ibrahim | M.A & BA Hons (UM) dan Diploma Perguruan UM | • Ketua Unit Tajwid dan rASM • Penyelaras jadual waktu jabatan |
• Bilal Kedua Masjid Imam As-Syafie • AJK Keselamatan & keceriaan • AJK Gerko • AJK Bina Insan Guru |
• Tajwid • Tarannum • Qiraat • Rasm Othmani |
| 4 |
Robiah Tamby Chik | M.A Pendidikan Islam ( UKM ) B.A (Hons) Al-Quran Sunnah ( UKM ) & Sijil perguruan | • Ketua Unit Perkaedahan |
• AJK KKSA • AJK Penyelidikan • Unit Kerja Kursus dan Taksiran • Projek Khas Model Pesiangan Salinatan • AJK Program j-QAF |
• Tajwid • Tarannum • Qiraat • Rancangan dan Kaedah Qiraat dan Tarannum |
| 5 |
Ab. Razak bin Mahadi | B.A ( Hons ) al-Quran & Al-Sunnah & Sijil perguruan | • Penyelaras Peperiksaan • Ketua Unit Qiraat • Penolong Ketua Jabatan |
• Penyelaras KSPK • Penyelaras LPBS • AJK Peperiksaan |
• Tafsir • Ulum al-Quran • Tajwid • Rancangan dan Kaedah Tafsir dan Ulum al-Quran • Qiraat As-Sab’ah |
| 6 |
Hasim b Harun | B.A (Hons) Al-Quran dan As-Sunnah & Sijil perguruan | • Setiausaha • Ketua Unit tarannum |
• AJK Minggu pengurusan pelajar baru • Imam Satu Masjisd Imam As-Syafie • AJK Aset pemverifikasi & Stok • Warden Blok E |
• Tajwid • Tarannum • Qiraat • Rancangan dan Kaedah Qiraat dan Tarannum |
| 7 |
Noraini bte Abdullah | M.A. Bahasa Arab (UKM) B. A ( Hons ) Bahasa Arab (UIA) & Sijil perguruan | • Penyelaras Kebajikan dan keceriaan • Penolong Setiausaha • Ketua Unit Tilawah Hafazan |
• Naqibah PPISMP 3.08 • AJK Kaunseling • AJK Penyelidikan & Jurnal • AJK Pendidikan Komuniti • AJK Buletin & Penulisan Kreatif • AJK Majlis Bersama Jabatan • AJK Teaching School • AJK Jaminan Kualiti • AJK Masjid • Warden Blok E |
• Tajwid • Tarannum • Qiraat • Rancangan dan Kaedah Tarannum |
| 8 | Engku Zarihan bte Engku Abdul Rahman |
M.Ed. (UKM) B.A. (AL AZHAR) Diploma Pendidikan | • Maklumat dan dokumentasi • Penyelaras LPS • AJK Unit Mustalah Hadis |
• AJK Bina Insan Guru • AJK Dokumentasi • AJK Unit LDP • Pensyarah Pembimbing PPIM |
• Tafsir • Ulum Quran • Ulum Hadis • Rancangan & Kaedah Ulum |
| 9 |
Samsinar bte Latih |
B.A. (Hons) Diploma Pendidikan | • Bendahari • AJK Peralatan • AJK Unit Tafsir & Ulum Quran |
• AJK Pusat Sumber • AJK Papan Kenyataan • Urusetia KPKIP • Naqib / Naqibah • Pensyarah Penasihat PPIM |
• Tarannum • Rancangan dan Kaedah Tarannum |
KENALI KAMI
|
![]() |
||||||
| Abd.Ra’ani bin Ahmad | Mohd Hatta bin Yahya | ||||||
![]() |
![]() |
![]() |
|
||||
| Kelsom bte Abdullah | Ahmad Kamarudin bin Ibrahim |
Ab. Razak bin Mahadi | Noraini bte Abdullah | ||||
![]() |
|||||||
| Robiah Tamby Chik | Engku Zarihan bte Engku Abdul Rahman |
Hasim b Harun | Samsinar bte Latih |
PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI JABATAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TAHUN 2009
| Tarikh | Program/Aktiviti Yang Dijalankan | Peruntukan Ada/Tiada | Anggaran Kos/Bil. Peserta / Kumpulan Sasaran |
Tempat | Ulasan |
| 17 Mac 2009 | Kursus Asas Perubatan Islam | LPS | 50 orang staf akademik / sokongan | IPIS | Ust.Razak Mahadi / Ust.Zulkifly Dahlan |
| 9-10 April 2009 | Kursus Asas Tarannum Dalam Tadwir & Tartil Al Quran | ULDP | 50 orang guru pendidikan Islam | PPD Kuala Pilah, Negeri Sembilan | Ust.Hasim Harun, Ustz.Rabiah Tamby Chek Ust.Samsinar :atih |
| 22-24 April 2009 | Kursus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah Pengkhusuan Agama | KPKKIP | LPS | Port Dickson (hotel) | Ustz.Robiah Tamby Chek |
| 14-15 Mei 2009 | Kursus Penghakiman Tilawah Al-Quran | KPKKIP | Guru –Guru Pendidikan islam Daerah Bentong, Pahang | PPD Bentong, Pahang | Ust.Ab.Razak Mahadi Ustz.Rabiah Tamby Chek |
| 27-28 Ogos 2009 | Kursus Pemantapan Bacaan & Dhob Al-Quran | KPKKIP | Guru –Guru Pendidikan islam Daerah Temerloh, Pahang | PPD Temerloh, Pahang | Ust.Ab.Razak Mahadi Ustz.Rabiah Tamby Chek Ust.Samsinar :atih |
PELAN TINDAKAN (Melengkapi MISI KPIS)
Matlamat Strategik: 1.1 Mewujudkan budaya ilmu
Objektif Strategik: 1.1.1 Meningkatkan kepelbagaian sumber rujukan pada akhir tahun 2010.
| Bil | Huraian Aktiviti | Pegawai Bertanggungjawab | Anggaran Kos | Tarikh Jangkaan Hari/jam |
Tarikh Laksana (tarikh sebenar) |
Petunjuk Kejayaan (Key Performance Indicator) |
Catatan |
| 1 |
Mewujudkan stesen ilmu | Pegawai sumber maklumat JPQS | RM1,000.00 | Jun 2009 | Tempat rujukan pensyarah dan pelajar | Mini perpustakaan JPQS |
Matlamat Strategik: 1.1 Mewujudkan budaya ilmu
Objektif Khusus: 1.1.2 Menjalankan sesi perkongsian ilmu sekurang-kurangnya sekali sebulan.
| Bil | Huraian Aktiviti | Pegawai Bertanggungjawab | Anggaran Kos | Tarikh Jangkaan Hari/jam |
Tarikh Laksana (tarikh sebenar) |
Petunjuk Kejayaan (Key Performance Indicator) |
Catatan |
| 1 |
Majlis ilmu JPQS, Dalam jabatan sendiri | Pensyarah JPQS mengikut giliran | Januari-Jun 2009 Isnin Minggu Kedua (1 jam) | Pensyarah JPQS memahami tajuk dibincangkan mengenai bidang berkaitan P & P Al-Quran & Hadis. | Mengelak salah erti di kalangan penyarah JPQS | ||
| 2 |
Majlis ilmu JPQS,
Kuliah agama bagi pelajar KPLI yang bukan pengkhususan Islam.
|
Pensyarah JPQS mengikut giliran | Setiap bulan hari Isnin minggu III sepanjang tahun 2009 dan 2010 | Pelajar bertambah jelas dan yakin tentang kefahaman dan amalan Islam | Waktu usrah | ||
| 3 |
Majlis ilmu JPQS, Kuliah agama LPS Kesilapan bacaab yang sering berlaku dalam solat | Ust. Hasim bin Harun | Petang Jumaat ikut program ULPS-KPIS | Pensyarah boleh membeza yang mana betul dan salah dalam bacaan dalam solat |
Matlamat Strategik: 1.1 Mewujudkan budaya ilmu
Objektif Khusus: 1.1.3 Menghasilkan dua modul pengajaran dan pembelajaran (satu tarannum dan satu qiraat)
| Bil | Huraian Aktiviti | Pegawai Bertanggungjawab | Anggaran Kos | Tarikh Jangkaan Hari/jam |
Tarikh Laksana (tarikh sebenar) |
Petunjuk Kejayaan (Key Performance Indicator) |
Catatan |
| 1 | Buku Panduan |
Pensyarah taranum dan qiraat |
RM 200.00 |
Oktober 2009 dan Oktober 2010 |
Pensyarah dan pelajar mudah mendapat bahan rujukan berkenaan |
Matlamat Strategik: 1.1 Mewujudkan budaya ilmu
Objektif Khusus : 1.1.3 Kursus Pendek Kelolaan Institut Perguruan (KPKIP)
| Bil | Huraian Aktiviti | Pegawai Bertanggungjawab | Anggaran Kos | Tarikh Jangkaan Hari/jam |
Tarikh Laksana (tarikh sebenar) |
Petunjuk Kejayaan (Key Performance Indicator) |
Catatan |
| 1 | Menyumbang khidmat kepakaran kepada pihak yang memerlu |
Pensyarah JPQS(3 orang setiap siri) |
RM1800.00 |
Mei, Julai dan September 2009 dan Mei, Julai dan September 2010 |
Peserta kursus lebih yakin melaksanakan proses P&P dan majlis tilawah di sekolah masing-masing |
Guru-guru di sekolah mengikut daerah yang dipilih. |
Matlamat Strategik: 2.1 Melahirkan Pemimpin yang Berkaliber
Objektif Khusus: 2.1.2 Kursus Imam Bilal
| Bil | Huraian Aktiviti | Pegawai Bertanggungjawab | Anggaran Kos | Tarikh Jangkaan Hari/jam |
Tarikh Laksana (tarikh sebenar) |
Petunjuk Kejayaan (Key Performance Indicator) |
Catatan |
| 1 |
Pelajar KPLI (bukan Pengajian agama) dikehendaki mengikuti kursus ini |
Jabatan Pengkhususan Agama |
RM10,000.00 |
4 hari 3 malam Satu siri(sekali 2009 sekali 2010) |
Pelajar mampu menjadi imam/bilal khasnya di sekolah mereka bertugas |
Sijil diberi bagi yang layak |
Matlamat Strategi: 2.2 Melahirkan guru yang berkesan dan profesional
Objektigf Khusus : 2.2.1 Pensyarah mengikuti kursus peningkatan profesionalisme
| Bil | Huraian Aktiviti | Pegawai Bertanggungjawab | Anggaran Kos | Tarikh Jangkaan Hari/jam |
Tarikh Laksana (tarikh sebenar) |
Petunjuk Kejayaan (Key Performance Indicator) |
Catatan |
| 1 | Kursus peningkatan profesionalisme pensyarah |
JPQS dan Bahasa Arab |
RM15,000 |
21-24 April 2009 dan sekali 2010 |
Pensyarah dapat mengemaskini maklumat dan pelan tindakan |
Khusus 3 Jabatan Pengkhususan |
Matlamat Strategik: 3.1 Meningkatkan Amalan Kerohanian Warga KPIS
Objektif Khusus : 3.1.1 Setiap warga KPIS menghadiri aktiviti kerohanian sepanjang tahun.
| Bil | Huraian Aktiviti | Pegawai Bertanggungjawab | Anggaran Kos | Tarikh Jangkaan Hari/jam |
Tarikh Laksana (tarikh sebenar) |
Petunjuk Kejayaan (Key Performance Indicator) |
Catatan |
| 1 | Bacaan Yasin setiap pagi Jumaat di Masjid |
JPQS dan AJK Pengurusan Masjid |
7.30-8.00pagi | Semua warga KPIS dapat membaca surah Yasin dengan baik |
Matlamat Strategik : 4.1 Beriltizam dengan tilawah Al-Quran (JPQS)
Objektif Khusus : 4.1.1. Setiap warga KPIS khasnya berkeupayaan membaca Al-Quran
| Bil | Huraian Aktiviti | Pegawai Bertanggungjawab | Anggaran Kos | Tarikh Jangkaan Hari/jam |
Tarikh Laksana (tarikh sebenar) |
Petunjuk Kejayaan (Key Performance Indicator) |
Catatan |
| 1 | Bacaan Al-Quran perkara induk semasa usrah |
JPQS dan JPP |
2 jam setiap minggu di antara solat maghrib dan isyak |
Pelajar baca dengan pemantauan dalam kumpulan masing-masing | Solat isyak dilewatkan sedikit |




