Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

LATAR BELAKANG

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran   Pengajian Islam bagi pelajar-pelajar latihan praperkhidmatan sepenuh masa, yang  terdiri daripada pelajar program  Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI),  Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) dan  Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) pula terdiri daripada Kursus Sijil Perguruan Satu Tahun (KSPK), Kursus Perkhidmatan 14 Minggu dan Kursus Dua Minggu Pra Sekolah.

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral juga terlibat secara langsung dalam Kursus Dalam Perkhidmatan (Luar Negeri) guru Pendidikan Islam sekolah Rendah dan Menengah dari Thailand dan Afghanistan.  

Di samping itu, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral  juga bertanggungjawab dalam latihan praperkhidmatan Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi program KPLI : Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS), Program Latihan Perguruan Swasta (PLPS), KPLI LPBS j-QAF dan  Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Program KDPM pula terdiri daripada  guru-guru Pendidikan Islam  di bawah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan guru-guru Pendidikan Islam  Sekolah Agama Rakyat  (SAR) dan Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral turut terlibat dengan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) melalui Kursus Pendek Kelolaan Institut Perguruan (KPKIP) yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah di Negeri Selangor,  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya  serta Melaka dan Latihan Pembangunan Staf (LPS) untuk pensyarah- pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam.


OBJEKTIF 

  • Membantu meningkatkan mutu pembelajaran bakal guru-guru Pendidikan Islam.
  • Memberi pendedahan tentang perubahan kurikulum yang berlaku dalam kurikulum Pendidikan Islam.
  • Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
  • Memberi semangat dan ketahanan diri kepada guru-guru Pendidikan Islam.
  • Memberi khidmat kepakaran pengetahuan isi kandungan dan pedagogi kepada ahli-ahli jabatan pengkhususan,    jabatan lain dan institusi luar.


PIAGAM  PELANGGAN

Kami pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral  IPG Kampus Pendidikan Islam  dengan ikhlas dan iltizam berikrar akan menggembleng seluruh tenaga dan fikiran untuk:

  • Melatih dan membimbing bakal guru Pendidikan Islam dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang terkini, supaya menjadi guru terlatih yang berkesan.
  • Bersedia berkongsi ilmu pengetahuan dalam bidang Pendidikan Islam dengan sesiapa yang memerlukan.
  • Memberi pendidikan yang berkualiti kepada pelanggan supaya lahir murabbi cemerlang dan bertaqwa.
  • Memberi kursus dan bengkel peningkatan pedagogi kepada pensyarah dalam program Latihan Pembangunan Staf.