Jabatan Hal Ehwal Pelajar

 

LATAR  BELAKANG

Jabatan Hal Ehwal Pelajar diwujudkan untuk mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan pelajar. Jabatan ini          mempunyai tujuh unit. Setiap unit diketuai oleh seorang Ketua Unit, iaitu Unit Pengembangan dan Khidmat Kaunseling, Unit Tatatertib dan Rekod, Unit Data, Unit Kolej Kediaman, Unit Kebajikan dan Sosial, Unit Kerohanian, Moral dan Ketatanegaraan, dan Unit Kepimpinan dan Pembangunan Insan.


OBJEKTIF

  • Melaksana dan memantau program peningkatan dan pengembangan kendiri pelajar 
  • Mengumpul dan menyalurkan maklumat antara pihak pelajar, pensyarah dan pentadbir
  • Menyediakan program pemulihan dan rujukan untuk pelajar
  • Memberi latihan asas dalam hal penyuburan, kepemimpinan dan pengurusan
  • Mengurus hal-hal kebajikan dan keselamatan pelajar
  • Meningkatkan disiplin pelajar
  • Mengumpul dan menyediakan pangkalan data pelajar
  • Mengurus dan mentadbir hal-hal kediaman pelajar asrama dan luar asrama.


PIAGAM  PELANGGAN

Kami di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam dengan penuh iltizam dan ikhlas kepada Allah s.w.t  akan menyempurnakan tanggungjawab kami kepada pelanggan kami dengan: 

  • Memastikan semua program peningkatan kendiri pelajar dirancang 1 bulan sebelum tahun baru bermula.
  • Memastikan pelajar yang bermasalah mendapat bimbingan dan nasihat tidak lewat 3 hari selepas kesnya dirujuk        kepada Unit Kaunseling Jabatan Hal Ehwal Pelajar. 
  • Memastikan setiap pelajar diberi latihan asas penyuburan kepimpinan dan pengurusan tidak lewat 1 bulan sebelum menamatkan pengajian. 
  • Menyumbangkan segala tenaga dan fikiran dalam tugas perancangan, pelaksanaan aktiviti yang membawa kepada kebajikan dan pembentukan akhlak pelajar setiap masa.
  • Memberi khidmat bimbingan dan kaunseling yang berkesan kepada pelajar yang memerlukan.
  • Menyedia dan mengemaskini segala rekod dan data pelajar serta boleh diperoleh bila-bila diperlukan.
  • Memberikan bimbingan berterusan kepada Jawatankuasa pelajar dan peraturan-peraturan gabungan dalam bidang kepimpinan dan kerohanian.