Al-Furqan

104. Pengumpat (AL-HUMAZAH)

 

1. Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

2. Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

3. ia menyangka Bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

4. Tidak! Sesungguhnya Dia akan dicampakkan ke Dalam "Al-Hutamah".

5. dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia "Al-Hutamah" itu?

6. (Al-Hutamah) ialah api Allah Yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

7. Yang naik menjulang ke hati;

8. Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

9. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang Yang melintang panjang.